Dunia Blog Incik Zol

Hidupnya dikelilingi kerja-kerja yang perlu dilaksanakan di kilang dan rakan-rakan di situ. Menerusi kerjayanya sebagai Quality Control yang terpaksa bekerja dari 7.00pagi hingga 7.00malam bersamaan 12 jam membuatkan rutin hidup hariannya agak tak seronok. Namun, dengan adanya blog dan mampu berblogging, kini aku tidak lagi dikatakan kolot atau katak bawah tempurung. Aku mampu bersaing dengan rakan2 yang lain dan mampu mengejar arus kemodenan teknologi masa kini.

Melalui blog faizolhafizi.wordpress.com, aku mula meminati bidang penulisan yang diajar oleh Miss Manje ku yang senantiasa aktif di dunia maya dan menjana pendapatan melalui blognya. Malah, blog yang wujud sejak setahun lalu ini yang ditampilkan aku dengan lebih segar dan berisi dengan pelbagai isu biarpun tanpa spesifikasi khusus.

Aku tahu bukan mudah untuk menarik minat para pembaca di luar sana untuk turut serta melihat apa yang ada pada isi kandungan sesuatu blog kita. So, aku belajar dengan orang2 yang pakar dalam pemasaran blog terutama Miss Manje. Beliau telah berblog selama lebih kurang enam tahun. Cukup lama dan aku agak sudah mahir mengendalikan aktiviti blog yang kian pesat kini. Menurut Miss Manje lagi, sesebuah blog perlu mempunyai personaliti dan niche yang tersendiri bagi menarik minat ramai pembaca.

Ini Blog Aku Punya menampilkan blog santai dan menjadi blog kedua dalam LeYa Production. Blog santai ini memaparkan kisah2 hidup, gambar dan informasi terkini dari aku sendiri. Begitu teruja ingin menjadi orang berjaya dan kaya untuk memberi kemewahan kepada ibu tersayang, aku semakin aktif dalam dunia blogging.

Jana Pendapatan

Biarpun sebab utama aku mewujudkan blog adalah kerana minat, namun akhirnya ia menjadi satu platform yang baik untuk menjana pendapatan.

Bagaimanapun, wang bukanlah sebab utama aku terlibat dengan blog. Aku menulis kerana minat dan tidak kisah berapa banyak pendapatan yang aku peroleh.

Yang aku tahu, pembaca blog aku rata-rata orang Melayu, termasuklah pembaca dari Singapura, Brunei dan Indonesia. Aku masih belum mengenali blogger yang sering membaca di blog aku ini kerana kesibukan aku bekerja di kilang. Mungkin suatu hari aku akan bertemu mereka jua. Aku ucapkan terima kasih kerana dengan kerajinan korang aku mampu berjaya dalam dunia blogging.

Aku juga suka melayari blog-blog terkemuka di Malaysia, seperti BenAshaari, JustKhai, Topotato.com dan Ariffshah.com. Mereka inilah yang telah banyak memberi kata semangat untuk aku berblogging. Akhir kata dari aku, majulah blog untuk negara… Hehehe…

Advertisements

One thought on “Dunia Blog Incik Zol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s