Betulkah aku seorang blogger??

Bila Incik Zol mula dengan kemerepekannya… Hahahaa… terjadi lah dan tersebarlah blog “Ini Blog Aku Punya” di persada dunia blogging. Memulakan aktiviti penulisan sejak tahun 2012 dan diperkenalkan sendiri oleh Miss Manje. Tidak tahu Apa itu erti blogging sebenar ketika dahulu… Kini, nama  semakin melonjak naik dan dikenali ramai para blogger. Mungkin… Hahaha…

Berbalik kisah “Betulkah aku seorang blogger??“. Sebelum ni aku hanyalah kerja di sebuah kilang elektronik sebagai QC Engineer dan masih kerja di situ memandangkan ekonomi negara kian bertambah dari sehari ke sehari. Dan, untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat tinggi itu, aku pun diberi satu ilham+idea karut (Hahaha…) untuk menjalankan perniagaan dengan bakat yg ada pada aku iaitu membaiki alat komunikasi (telefon bimbit daa…). Setelah itu, aku diperkenalkan lagi dengan blogging dan meneruskan kerjaya blogger ini sebagai satu pendapatan sampingan.

Yeah! kini aku dah pun memiliki 3 kerjaya dalam 1 masa…. Hebat x??? Hebat x??? Hahaha… Aku sering menggembar-gemburkan pembaikan handphone di antara rakan2 ku untuk mendapat sambutan dan pelanggan yg menggalakkan. Anda mahukan servis ini dari saya??? Ya! Anda boleh membuat tempahan dari website LeYa Production.

Kisah blog ini memaparkan kisah santai dari aku yang sering menggunakan bahasa mudah untuk semua pembaca di luar sana memahami apa yang aku inginkan. Mempunyai matlamat untuk berjaya seperti BenAshaari, JustKhai dan blogger terkenal yang lain.

Kenapa asyik bercerita tentang aku seorang blogger???

Sebab aku sendiri tidak percaya dengan kebolehan aku dalam menulis di blog ini. Dulu, sewaktu menuntut di sekolah, aku bukanlah seorang pelajar yang agak pandai. Namun, berbekalkan semangat dan tohmahan yang sering dilemparkan pada ku, aku bangkit untuk cuba maju ke hadapan. Ya! Aku ingin buktikan yang aku juga mampu berjaya.

Dan terhasil lah sebuah kisah dari hati yang ikhlas lagi jujur ini di dalam “Ini Blog Aku Punya“. Mengakhiri kisah ini dengan lafaz Assalamualaikum… Hehehe…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s