Apa yang Menarik di Busan

Assalamualaikum….

Jom kengkawan… Kite jelajah Korea malam ni..

Blooggers.com sedang menjalankan aktiviti “Cabaran Winter in Busan” buat para blogger yang teringin sangatlah nak menjejakkan kaki ke Korea. Difahamkan akan ade 2 task untuk menyelesaikan misi ini. Task yang pertama sedang dilaksanakan dari 15 September 2014 dan tamat pada 30 September 2014. Alamak!!! rupanye aku dah lambat 2hari untuk menceburkan diri dalam aktiviti ni…hehehe…

Okaylah… Ape task 1 yang harus setiap blogger laksanakan tu. So, kitorang2 semua kene buat satu entry bertajuk “Apa yang menarik di Busan“. B.U.S.A.N. okay.. eja betul2.. bukan B.O.S.A.N. tau kawan2… hehe… Haishhh… negara yang berhampiran Malaysia pun aku tak abes jelajah lagi, ni plak ke Korea… lagi lah tak pernah… Macam mana la nak tulis ni kan.. Sangatlah terbaik cabaran ini. Sungguh mencabar kewibawaan aku menulis entry kali ini.

Busan ni merupakan bandar kedua terbesar di Korea. Menyajikan pemandangan indah yang boleh membuatkan kita terpukau melihat keindahannya itu. Busan terletak di antara pergunungan dan laut berangin yang boleh membawa kepada suhu sejuk sehingga -8°C.

Antara tempat yang menarik boleh dilawati adalah:

1) Pantai Haeundae

Di saat musim panas, Pantai Haeundae menjadi tumpuan utama pelancong baik dari dalam mahupun luar. Pantai yang berada di antara Bukit Dalmaji dan Pulau Dongbaekseom, kota Busan merupakan pantai terbaik di negeri Ginseng. Dari pantai ini juga, kita boleh melihat pemandangan yang indah iaitu Suspension Bridge Gwangan, jambatan kedua terbesar di Korea.

Haeundae juga menjadi tuan rumah untuk Busan International Film Festival yang diadakan setiap musim gugur. Festival film yang sudah tersohor ini menampilkan sejumlah film Korea yang sudah dirilis serta karya-karya sineas terbaik dari seluruh Asia, termasuk Indonesia. Selama kurang lebih 9 hari perayaan Busan International Festival, sekitar 300 film dan 70 negara di seluruh dunia berkompetisi memperebutkan gelar di 11 katagori termasuk Gala Presentation, New Currents, dan World Cinema.

2) Pasar Jagalchi

Kalau di Malaysia pastinya Pasar Malam atau di Kelantan, terkenal dengan Pasar Siti Khadijah, tapi di Busan, Jagalchi Market merupakan pasar ikan terbesar di Korea Selatan wajib dimasukkan dalam travel itinerary. Apa yang ada di sini? Jagalchi Market merupakan pasar basah yang menjual hasil lautan disamping makanan laut seperti ikan bakar.

Pasar Jagalchi atau Jagalchi market adalah pasar seafood terbesar di Korea. Setelah Perang Korea, pasar ini mengkhususkan diri sebagai pasar ikan yang uniknya sebagian besar pedagangnya adalah perempuan. Para pedagang wanita ini kerap disebut dengan julukan Jagalchi Ajumma. Ajumma merujuk pada wanita setengah baya atau wanita yang sudah menikah. Pasar ini membentang diantara Chungmu-dong dan Nampo-dong. Mengunjungi Pasar Jagalchi ini seperti melihat sebuah akuarium yang besar dengan berbagai macam ikan didalamnya. Beberapa diantaranya mungkin belum pernah kita lihat sebelumnya.

Untuk ke sini mudah saja. Jagalchi Market terletak berhampiran Stesen subway Jagalchi, aliran Sinpyeong Line 1. Dari Stesen Jagalchi keluar ikut Exit 10. Jalan terus sehingga simpang 4 yang ke – 2. Di simpang yang kedua, di sebelah kiri korang boleh nampak Pintu Gerbang Busan International Film Festival. Dari simpang tu korang ke kanan dan kira-kira 300 meter dari situ la Jagalchi Market.

3) Menara Busan

Jika kita tidak dapat ke Menara Seoul n Seoul, di Busan juga ada Taman Yongdusan terletaknya Menara Busan setinggi 118 meter yang menyajikan pemandangan menghadap laut yang terletak di kaki gunung Yongdu. Taman Yongdusan mendapat nama dari gunung (yongdu) yang bentuknya menyerupai naga yang muncul dari laut. Menara Busan ini sesuai untuk bergambar dan boleh meninggalkan kenangan manis secara simbolik dengan mangga kunci menghiasi pagar di sekeliling menara.

Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini sahaja. Aku bukanlah sasterawan untuk menulis entry panjang2. Cukup hanya berkongsi sedikit maklumat yang aku faham. Dan ditulis dalam tulisan yang santai lagi bersahaja. Jom ke Korea kita..

                                                             

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s