Arah Tuju Seorang Blogger

Assalamualaikum semua… Selamat petang…

Cuaca petang yang masih redup dan nyaman, syukur alhamdulillah diucapkan. Kali ini aku ingin menulis mengenai arah tuju kita semua sebagai seorang blogger. Ramai yang bila ditanya soalan ini, masih tidak jelas apa yang mereka ingin capai dengan penulisan blog, tetapi ada juga yang mampu dan tahu untuk menjawab setiap patah jawapan dengan lancar kerana mereka ini sudah pun menetapkan hala tuju dalam berblog.

Menulis blog bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun, ada yang mengatakan hanya perlu menulis di platform seperti WordPress, Blogspot atau seumpamanya. Namun begitu, setiap penulisan perlulah mempunyai kreativiti yang tersendiri seperti memerlukan idea-idea yang menarik serta dapat membina perhubungan dengan pembaca, rakan blogger dan pihak-pihak lain yang sedar akan kewujudan blog ini.

Bagaimana untuk menetapkan arah tuju sebagai seorang blogger?

Kita perlu tahu apa yang ingin kita capai, contohnya;

  • Kita menulis untuk berkongsi ilmu
  • Kita menulis untuk menjana pendapatan
  • Kita menulis untuk jadi popular
  • Kita menulis untuk mencari pasangan hidup
  • atau kita menulis untuk apa??

Semua jawapan ini hanya kita yang perlu tahu, tidak perlu untuk menghebahkan kepada orang lain. Sebagai contoh, jika kita ingin menjana pendapatan melalui blog, kita perlu tahu perkara asas untuk mecapai tujuan tersebut.

Menetapkan plan tindakan mencapai arah tuju

Haruslah kita sediakan plan tindakan untuk panduan kita mencapai sasaran. Plan tindakan ini tidak semestinya perlu dibuat dengan struktur yang kompleks, cukup memadai apa yang kita ingin laksanakan. Buat senarai check list untuk dijadikan panduan.

Patuhi dan terapkan disiplin dalam diri

Kita perlu sentiasa patuhi apa yang telah dirancang. Kadang-kadang ada juga perkara yang kita sendiri tergelincir sedikit disebabkan faktor-faktor luaran, tetapi sekiranya kita telah sediakan panduan untuk kita patuhi, kita akan kembali ke landasan sasaran kita dalam sekelip mata.

Jangan terlalu mengikut apa yang orang lain buat tanpa memikirkan sama ada ianya selari dengan apa yang ingin kita capai. Setiap blogger mempunyai strategi dan perancangan yang berbeza, sasaran yang ingin dicapai juga berbeza. Hati-hati apabila mengikuti rentak mana-mana blogger.

Tiada lagi isu penganiayaan daripada mana-mana pihak

Apabila kita telah mempunyai perancangan seperti ini, tidak timbul lagi isu, blogger dianiaya atau seumpamanya, kerana kita tahu apa yang kita buat adalah untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Adakalanya kita akan lakukan sesuatu itu percuma untuk bina perhubungan. Dikala yang lain pula, kita pastikan ada timbal balas yang setara dalam bentuk wang ringgit atau bentuk yang lain. Semua ini adalah tetapan kita, kita tidak perlu lagi bersungut sekiranya ada blogger lain yang menggunakan cara atau pendirian berbeza.

Semoga kita menjadi seorang blogger yang menguruskan semua blog kita dengan baik. Kalau ada yang tak pasti macam mana nak sediakan perancangan ni, boleh hubungi aku untuk kita sembang lebih lanjut. Semoga mendatangkan manfaat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s