Aku dan Study

Dah lama aku nak update pasal kisah ni. Baru hari ni dapat menulis entri tentang cerita yang ingin aku sampaikan sekejap lagi… hehehe….

Alamak!!! Teruja nak menulis sampai terlupa nak beri salam… Assalamualaikum semua… Diharapkan anda sihat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca entri di blog aku ini.

Ini Blog Aku Punya

Sejak Februari 2014 aku menaikkan taraf hidup aku dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di Asia eUniversity di cawangan Melaka. Berbekal semangat diri dan isteri tercinta, aku melangkah untuk berjaya dalam hidup dengan go further study on there. Aku menyambung pelajaran secara PJJ dan mengambil kursus Executive Bachelors in Business Management (Marketing).

Ini Blog Aku Punya

Asia eUniversity di Cawangan Melaka

Sekarang ni dah bulan November dan nak masuk Disember. Jadi dah nak hampir setahun aku belajar di sana. Pada mulanya, memang terasa sukar untuk menerima setiap pelajaran yang diajar oleh pensyarah. Namun, berkat kesabaran dan kata semangat dari isteri tercinta, lama-kelamaan aku sudah boleh menyesuaikan diri dalam suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa di ruang kelasnya yang sederhana besar.

Ramai dikalangan kawan2 aku sudah pun berumur. Tapi mereka bersemangat waja untuk meneruskan pembelajaran mereka sama seperti aku yang inginkan perubahan dalam hidup agar lebih baik di masa akan datang.

Ini Blog Aku Punya

Suasana kelas yang selesa dan kondusif

Ini Blog Aku Punya

Dua hari Puan Isteri menemani aku di Kuala Lumpur bagi menghadiri seminar “Strategic Management” di Grand Seasons Hotel.

Ini Blog Aku PunyaDah ramai yang graduate dari Universiti ini. Jadi, tidak perlu risau jika anda was2 atau tidak pernah dengar tentang latarbelakang universiti ini. Untuk maklumat lanjut, anda semua boleh layari laman web nya di; http://www.aeu.edu.my/

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s