Peneraju Bidang Ekonomi

Leave a comment

10/07/2015 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum Otomen ucapkan…

IMG-20140512-WA0013

Bekerja adalah satu ibadah yang dituntut untuk dilakukan bagi memperolehi kehidupan yang selesa dan bahagia bersama insan tersayang. Saat ini, pasti semua sedang sibuk melakukan tugas masing-masing di pejabat, di rumah, di kilang dan di mana sahaja anda sedsng bekerja. Tidak kira jawatan apa, pangkat apa, kerja itulah yang membantu kita menjana pendapatan untuk menyara kehidupan harian. Lebih lagi di era zaman moden ini, yang memerlukan semuanya dengan duit. Tidak dinafikan sama sekali untuk menjadikan sesebuah negara itu maju, kita rakyatnya perlu mengorbankan masa dan wang ringgit. Namun, tika dan saat ini segala keperluan melebihi pendapatan yang diperolehi. Wang ringgit habis semua digadaikan dan tiada simpanan untuk diri. Hal ini membuatkan ramai di antara kita tidak gembira dan susah kerana siang malam tanpa rehat terpaksa mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Otomen sendiri diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan malam… Hehe.. Otomen kan balik malam.. Makan malam laa jawapnye…

Faktor ekonomi negara yang kian jatuh kini tidak lah dapat untuk Otomen olahkan. Otomen bukanlah bijak pandai. Yang otomen sedar sekarang ini, otomen perlukan simpanan yang cukup untuk masa depan otomen dan isteri serta keluarga. Biarlah mereka di luar sana berpusu-pusu menjadi keyboard warrior, wartawan tak bertauliah dalam menyampaikan isu politik dan ekonomi ini. Bagi otomen, otomen lebih senang dengan kehidupan otomen sekarang. Menghirup udara segar pabila bangun di pagi hari, keluar berjalan tanpa ada rasa sangsi. Tidak perlu takut untuk ke sana ke mari.

Hehehehe… Mesti, korang terkilan kan bila bace kisah otomen kali ni.. Mesti korang ingat otomen bercerita tentang isu ekonomi yang melanda negara kita sekarang… Tak lah… Otomen lebih suka berbicara hal sendiri dari masalah orang lain… Otomen nasihatkan lebih baik kita menyimpan duit dari membazir membeli barang yang tak sepatutnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: