Ceritera di Tanjung Balai Karimun

Leave a comment

26/03/2016 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Tanjung Balai Karimun, Indonesia terkenal dengan tarikan uniknya tersendiri. Sempat Otomen dan keluarga ke sana selama 2 hari dan 1 malam. Mengimbau detik-detik ketika berada di situ, amatlah menyentuh hati Otomen yang sangat bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Segalaa kelengkapan di sini jauh lebih baik dari di sana.

 jeti tg balai

Sesampai sahaja di Jeti Tanjung Balai Karimun lebih kurang jam 10.00 pagi waktu Malaysia, kami dijemput oleh Pak Agus dan dibawa melihat untuk mencari penginapan selama semalam itu. Jangan risau kerana di sini terdapat banyak hotel2 murah yang boleh anda duduki selama bercuti ke sini.

C360_2016-02-27-11-14-35-887

Meriah tak tengok Otomen bergambar mesra bersama isteri tercinta, LeYa dan keluarga di hadapan Holiday Karimun Hotel. setelah selesai urusan penginapan, Otomen tak terus rehat. Kami mencari restoran atau kedai makan yang berhampiran untuk menikmati juadah makan kerana perut kami pun sudah lapar. Akhirnya, kami menikmati masakan Padang di sebuah restoran yang menyediakan makanan itu. WoW! Sedapnya sehingga licin kami bedal.. Nampak sangat kebuluran di situ.

Perut pun dah kenyang. Kami berehat seketika di Hotel. Mandi, solat dan baring seketika. Takde maknanya kalau Otomen kata baring. Otomen tertidur terus.. hahaha… Tapi pada waktu di sana, kami rasakan masa berputar agak lambat. Otomen rasa sudah lama tidur. Namun, pabila kami sedang bersiap untuk keluar jam baru sahaja menunjukkan pukul 2.00 petang. Aik! tadi makan tengah hari rasa sampai 1.00 petang. Rupanya tak sampai 1 jam pun tidur..tapi rasa lama macam 2 jam tidurnya..hehe…

C360_2016-02-27-17-55-13-550

Kami ke destinasi menarik untuk bergambar. Itulah kami. Lebih2 lagi isteri Otomen. Kalau tak bergambar tak sah. Biasalah… dah nama pun blogger.. Nanti takde cerita nak up dalam entri terkini.

C360_2016-02-27-18-20-57-113

Cantik kan pemandangan pantai di sana. Ditambah lagi dengan keunikan deretan pondok untuk para pengunjung berehat menikmati udara nyaman dan segar di situ.

C360_2016-02-27-17-55-05-875

Otomen dan LeYa bergambar mesra gitu. Dah rasa macam buat “Post Wedding” pulak di sana ye.. hehe…

C360_2016-02-27-17-56-46-292

Saat yang dinanti pun tiba. Otomen beraksi sekali lagi menyelamatkan bumi Riau dari jajahan raksasa durjana. Haisshhhh…di mana-mana sahaja Otomen kene beraksi.

Otomen datang penyelamat duniaC360_2016-02-27-19-15-56-752

Gaya lompat katak membuat terjunan ke laut
C360_2016-02-27-19-24-17-495

Sedang memerhati musuh durjana bagi keselamatan ahli keluarga dan orang ramai.C360_2016-02-27-19-23-52-431

Apa yang perlu dilakukan jika musuh datang berkumpulan….C360_2016-02-27-19-23-30-444

Tak perlu risau! Otomen Taro akan bergabung dengan Otomen Dyna menentang musuh2 tersebut. hehe…C360_2016-02-27-19-25-00-662

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: