Kembara Media FELCRA Berhad 50 Tahun

Leave a comment

06/10/2016 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

kembara-felcra-51

Baru-baru ini, Otomen berkesempatan menyertai satu program konvoi Kembara Media bersama Felcra Berhad ke Lumut, Perak sempena jubli emas ke-50 tahun. Bersama isteri, LeYa dan juga rakan-rakan Geng Hai Blogger! dan media yang lain, Otomen rasa sangat bertuah kerana turut serta dalam kembara tersebut. Kembara Media bersama Felcra Berhad ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 23 & 24 September 2016. Sebanyak 50 buah kereta telah turut serta dalam meraikan kembara media ini.

img_1266

Sedikit Pengenalan Mengenai Felcra Berhad

Dikenali sebagai Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Bermula 1 September 1997, Felcra telah bertukar nama kepada FELCRA Berhad dan dikorporatkan serta statusnya juga ditukar kepada sebuah Badan Berkanun kepada syarikat penuh milik kerajaan. Felcra Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Selanjutnya, boleh baca Di Sini.

img_1235

Kisah kembara bermula dari Kuala Lumpur seawal pagi untuk bertolak ke Lumut, Perak. Setiap kereta yang menyertai Kembara Media ini diberi sticker dan wang pendahuluan RM300 untuk minyak dan tol. Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam. Dan, kami sempat berhenti untuk solat Jumaat di sebuah kampung di Perak.

img_1301

img_1294

Destinasi kami yang pertama sampai di Kawasan Felcra Lekir atau dikenali dengan Kampung Aman Jaya. Penduduk Felcra Lekir memberi layanan yang terbaik kepada kami semua pabila tiba di sana. Kami dijamu dengan lauk-pauk kampung yang enak dan buah-buahan tempatan yang segar dari ladang seperti durian, rambutan dan buah rambai.

kembara-felcra-8

Perut pun dah kenyang. Otomen dan rakan-rakan berkesempatan naik traktor berhias melawat kawasan perkampungan Felcra Lekir. Suasana yang nyaman dan mempesonakan. Selesai majlis petang itu, kami diberi setiap seorang goodies bag berisi ikan bilis berkilo-kilo banyaknya.

kembara-felcra-11

Seterusnya, kami ke Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut, Perak untuk bermalam selama 1 malam di sana. Dan semestinyalah Otomen dan LeYa satu bilik kan. Dah nama pun suami isteri… ekekeke…

kembara-felcra-12

Tepat jam 8.00 malam, satu majlis Networking Dinner berlangsung di Grand Ball Room bersama Dato Bung Mokhtar bagi meraikan kedatangan pihak media dan felcra untuk beramah mesra bersama.

img_1323

Majlis yang cukup sempoi. Hanya seketika sahaja Dato Bung Mokhtar berucap, kemudian terus menjamu selera dan menjalankan aktiviti seperti karaoke dan cabutan bertuah. Rezeki otomen kali ini. Dapat cabutan bertuah memenangi Periuk Nasi berjenama Panasonic… Majlis Networking Dinner bersama media diakhiri dengan pemberian goodies bag setiap seorang kain pasang dari jakel.

img_1382

Keesokan harinya seawal 6.30pagi, kami sudah pun check-out dan bersiap sedia untuk bertolak ke destinasi seterusnya. Destinasi kami yang pertama pagi itu adalah ke Felda Plantation Services. Di sana, kami diberi sarapan pagi hidangan nasi lemak dan goodies bag berisi beras lebih kurang 3kg.

img_1336

img_1357

Menariknya di sini, kami berpeluang untuk mengenali ELA Gyrocopter. Gyrocopter ini merupakan helikopter kecil yang digunakan untuk menabur baja dan semburan racun di kawasan perladangan sawah padi dan kelapa sawit. Selain itu, Otomen dan rakan-rakan juga berkesempatan melihat benih padi yang pelbagai jenis selepas taklimat ringkas dari Pengerusi FPS.

img_1409

img_1410

Tidak ketinggalan juga, Otomen berpeluang memandu Transplanter, kenderaan untuk menyemai dan menuai padi yang dahulunya zaman nenek moyang kita menggunakan kaedah kuku kambing. Tetapi dengan adanya teknologi dari Jepun ini, aktiviti membajak sawah sangatlah mudah.

kembara-felcra-44

Seterusnya, kami ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak untuk melihat pula apa yang ada di sana. Sekali lagi, kami diberi goodies bag setiap seorang untuk dibawa pulang.

kembara-felcra-28Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak ini ditubuhkan pada tahun 1986 lagi. Hoho… Tahun Otomen dilahirkan ni… Otomen masih bayi lagi ketika ini…

konvoi-kembara-media-felcra-berhad-0022

Taklimat berkenaan Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak disampaikan oleh Pengerusi Koperasi itu sendiri. Setelah selesai taklimat, kami disajikan hidangan makanan yang sedap serta air nira yang menyegarkan tekak kami.

konvoi-kembara-media-felcra-berhad-0023

Kami ke Perumahan Generasi Kedua Felcra bagi melihat jenis-jenis rumah yang disediakan untuk anak-anak generasi Felcra di sana. WoW! Sangat lah Otomen terkejut. Rumah berkeluasan 25″x55″ yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air berharga RM150,000. Amatlah murah kan. Kalau di KL, memang tak dapat laa… hihu..

konvoi-kembara-media-felcra-berhad-0025

Majlis Penutup Kembara Media bersama Felcra berakhir dengan diberi hidangan makanan tengah hari yang sangat sedap. Kami juga diraikan dengan persembahan tradisional yang sungguh mempesonakan dari perserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak. Alhamdulillah, sekali lagi kami diberi goodies bag berupa hamper untuk dibawa pulang.

konvoi-kembara-media-felcra-berhad-0024

Otomen mengakhiri dengan ucapan Terima Kasih kepada Felcra Berhad dan Hai Blogger! atas kesudian menjemput otomen dalam menyertai Kembara Media Felcra Berhad ini. Pengalaman yang Otomen dapat kali ini memang seronok dan banyak ilmu pengetahuan yang Otomen dapat selama berada di sana.

Akhir kata, Otomen nak cakap Felcra memang awesome dan kaya woo…. Macam-macam Otomen dapat bila berada di sana selama 2 hari. Bukan setakat barang-barangan dari Felcra je dapat, malah Otomen dapat elaun harian selama di sana.

kembara-felcra-61Bye…Bye… sampai bertemu lagi dengan aktiviti Otomen seterusnya ye…:)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: