The Hut Serkam menjanjikan kelainan yang berbeza

11

29/11/2016 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum…

Serkam yang terletak di Melaka dan berada di kawasan perkampungan mungkin ramai yang tidak tahu di situ mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

01-mainThe Hut, Serkam merupakan tempat penginapan yang penuh dengan nilai-nilai tradisi dan akan menggamit kenangan pengunjung sewaktu di zaman kecil semasa berada di kampung ketika dahulu. Ia telah dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah bagi menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.

Mempunyai 5 buah bilik – 2 buah bilik dengan 1 katil Queen dan 3 buah bilik dengan 2 katil single, yang boleh disewakan secara berasingan atau kelima-lima bilik sekali.

room-2

room-4

Bilik-bilik yang dibina menggunakan kabin ini, dihiasi dengan dekorasi yang cukup cantik dan moden.

Bilik mandinya juga sangat selesa dan tip top dengan kehadiran jubin kontemporari serta rain shower yang besar.

04-toilet

Apa aktiviti yang boleh dilakukan ketika bermalam di The Hut Serkam?

Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan boleh anda lakukan di sana. Antaranya ialah:

unnamed1-e1440119727733Yang bercuti atau menginap bersama anak-anak pasti mereka akan gembira kerana boleh mandi-manda di kolam renang yang disediakan di sana.

06-chessUntuk yang tidak menggemari aktiviti luar, bolehlah bersantai di The Hut sambil bermain beberapa permainan board games yang disediakan seperti chess, checkers, snake & ladder dan carom

05-bbqAktiviti BBQ bersama keluarga / rakan-rakan yang telah disediakan oleh pihak The Hut

16-rumah-kelulutPengunjung juga boleh melihat sendiri bagaimana madu kelulut terhasil dan terkumpul.

20150804170707The Hut juga ada menyediakan basikal klasik Jepun yang boleh anda naikinya dan bersiar-siar di kawasan perkampungan yang berdekatan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati kawasan sekitar yang ada di situ:-

12-sawah-padiMenikmati keindahan pemandangan sawah yang terbentang luas.

11-ikan-bakar-serkamMenjamu selera di Medan Ikan Bakar Serkam (kira-kira 500m)

13-jeti-pantai-siringMelihat kawasan Jeti Nelayan Pantai Siring (kira-kira 2km)

09-rumahmatnatarMelawat Rumah Penghulu Mat Natar di Merlimau. Ia adalah rumah tradisional yang masih kekal sehingga hari ini di bawah jagaan Muzium Melaka (5 km).

08-jeti-anjung-batuJeti Anjung Batu yang menawarkan perkhidmatan bot untuk ke pulau yang penuh mistikal iaitu Pulau Besar (5km).

14-masjid-jamekMasjid Jamek Serkam yang telah berusia lebih 160 tahun ini terletak hanya 200m dari The Hut.

Keseluruhannya Otomen boleh katakan sesiapa sahaja yang menginap di The Hut ini pasti akan dapat merasai satu pengalaman yang boleh menggamit memori zaman kecil ketika membesar di kampung. Dan kepada yang tidak pernah merasai suasana kampung, pasti akan terpesona dan meninggalkan kenangan manis dalam hidup anda.

Kepada warga Singapura, perkhidmatan van shuttle yang boleh memuatkan sehingga 18 orang, untuk mengambil dan hantar dari dan ke Singapura turut disediakan. Bukan itu sahaja, bahkan pakej untuk bersiar-siar dan melawat Bandaraya Melaka Bersejarah juga ada ditawarkan.

Cuti sekolah pun sudah bermula. Bilik pun semakin penuh. Tapi dengar-dengarnya masih ada kekosongan pada hari-hari tertentu. Untuk pertanyaan dan tempahan bilik bolehlah diajukan terus kepada Encik Khairul Afnan, pemilik bersama The Hut di talian +60123202611.

Nama destinasi : The Hut @Serkam
Lokasi : KM 18, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka (waze)
Layari laman Web dan Facebook.

 

Sumber Gambar: http://www.google.com.my/

Advertisements

11 thoughts on “The Hut Serkam menjanjikan kelainan yang berbeza

  1. LeYa says:

    Jom bermalam di sana…

  2. […] Bagi anda yang ingin berkunjung ke kampung halaman Otomen, boleh singgah ke sini segera. Jika anda ingin menginap di hotel berdekatan, bolehlah bermalam di The Hut Serkam (Rujuk Entry mengenai hotel ini). […]

  3. Frank says:

    I will immediately seize your rss as I can’t find your email subscription hyperlink or e-newsletter
    service. Do you have any? Kindly permit me understand so that I
    could subscribe. Thanks.

  4. Christel says:

    I’m now not certain where you’re getting your info, but great topic.
    I needs to spend some time finding out more or working out more.
    Thank you for excellent info I used to be looking for this
    information for my mission.

  5. This is a good blog i should say, I generally i don’t post comments on other sorts of blogs however would like to
    point out that this post truly compelled me to do so!

  6. pschycic says:

    You made some good points there. I looked on the
    internet for the issue and found a lot of people
    will go along with your website.

  7. physic cards says:

    Keep all the articles coming. I love reading your posts.

    Cheers.

  8. Excellent post, you have stated some great details, I think this is
    a very good site.

  9. 1 says:

    Terrific post however I was wanting to know if you could
    write a litte more on this subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit
    more. Many thanks! https://goo.gl/Ks34XI

  10. 1 says:

    It is actually a great and helpful piece of information. I’m happy that you shared this useful info
    with us. Please keep us up to date like this. Thanks for sharing. http://bit.ly/2l2xFZu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: