Keunikan dan Keindahan Kampung Tedong Pantai

Assalamualaikum…

Dah lama sebenarnya Otomen nak bercerita tentang keunikan dan keseronokan jika anda berkunjung ke Kampung tempat Otomen tinggal dari kecil ini. Kampung Tedong Pantai, tempat tinggal Otomen dari dulu mempunyai keunikan dan kecantikannya yang tersendiri. Bukan Otomen nak memuji tapi anda boleh menyaksikannya sendiri melalui cerita Otomen di bawah ini.

467183_kampung-tedong-pantai-signage_620Meneroka pemandangan kawasan kampung memang sangat menyeronokkan. Cuti-cuti sekolah kali ini, jika anda tiada tempat untuk berkunjung, apa kata singgah ke kampung halaman Otomen, dan Otomen akan membawa anda melihat dan merasai keseronokan hidup di kampung.

28217043

24092494

dsc_1028

Suasana di Kampung Tedong Pantai sangat tenang dan santai. Pemandangan sawah padinya yang terbentang luas memukau siapa sahaja yang melalui jalan di kampung ini.

MELAKA 18 JUNE 2016. ( MB936N / PENGHADANGKAYU ) Pemandangan di Masjid Jamek Tedong, Serkam pada awal pagi. Masjid Jamek Tedong merupakan bangunan dua tingkat yang boleh memuatkan 1,300 jemaah pada satu masa dan mula beroperasi sejak awal April 2016. STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

MELAKA 18 JUNE 2016. ( MB936N / PENGHADANGKAYU ) Pemandangan di Masjid Jamek Tedong, Serkam pada awal pagi. Masjid Jamek Tedong merupakan bangunan dua tingkat yang boleh memuatkan 1,300 jemaah pada satu masa dan mula beroperasi sejak awal April 2016. STR/ MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER

Gambar di atas adalah gambar masjid Kampung Tedong yang dibina pada tahun 2015 dan siap digunakan pada tahun 2016 ini. Beruntung dan bersyukurnya Otomen dapat merasai sedikit demi sedikit pemodenan di kampung ini.

ikan-belanak

Dikala kebosanan atau di hari cuti, Otomen bersama abang-abang Otomen atau isteri Otomen atau rakan-rakan akan pergi ke bahagian belakang rumah Otomen yang terdapat paya bakau serta lautan. Dan di situ, mempunyai satu tarikan yang pasti membuatkan anda teruja untuk singgah ke sini. Aktiviti memancing atau menjala ikan belanak menjadi hobi Otomen sejak kecil lagi.

Bagi yang berminat untuk memancing dan menjala hasil laut dan paya bakau, boleh juga bermalam di dalam khemah yang anda sendiri bawa di kawasan halaman rumah Otomen yang luas. Soal bayaran taklah mahal pun. Hanya RM5 untuk 1 malam seorang.

siput-blongkeng siput-sedut siput-timba

Malah, bukan ikan belanak sahaja yang boleh didapati di sini. Anda akan dapat menikmati hidangan laut yang mungkin ada sesetengah orang belum pernah makan. Antaranya adalah siput blongkeng (siput sedut yang sudah besar), siput timba, belangkas, lokan dan banyak lagi.

c360_2016-11-27-13-40-26-035 c360_2016-11-27-13-47-19-795

Di atas ini adalah gambar di mana hidangan Siput Blongkeng yang sudah siap direbus dan dibuat sambal tumis. (Sila jangan kecam Otomen jika anda terliur..hehehe..) Cantik kan warna hijau siput tu… Otomen suka tengok. hehehe

banner-cafePanas terik mentari ketika mencari hasil lautan membuatkan anda kering tekak dan terasa untuk menikmati benda sejuk. Usah risau! Isteri Otomen ada menyediakan perkhidmatan terbaik buat anda. LeYa memiliki mini café yang hanya disediakan di rumah dan dilaksanakan oleh Kakak Ipar Otomen yang tidak bekerja.

Apa yang menarik di Lesaza Café?

Anda akan dapat merasai kelazatan Ice Blended yang sejuk dan murah di sini. Hanya RM3 untuk satu cup. Ada perisa seperti:-

  1. Min Kaffe Original
  2. Min Kaffe + Chocolate
  3. Min Kaffe + Vanilla
  4. Min Kaffe + Vanilla + Chocolate
  5. Vanilla Original
  6. Vanilla + Chocolate
  7. Vanilla + Oreo
  8. Vanilla + Chocolate + Oreo
  9. Chocolate + Oreo
  10. Chocolate Original

aiskrim-malaysia

Selain dari ice blended, anda juga boleh merasai kesejukan dan kelazatan Ais Krim Malaysia yang dahulunya sangat popular di kalangan zaman kanak-kanak kita. Ais krim Malaysia buatan sendiri oleh Kakak Ipar Otomen dan dijual dengan harga RM0.30 – RM0.50. Sangat murah dan berbaloi.

Antara perisa yang boleh didapati adalah:-

  1. Milo
  2. Asam Boi
  3. Laici
  4. Sumi
  5. Ribena

Bagi anda yang ingin berkunjung ke kampung halaman Otomen, boleh singgah ke sini segera. Jika anda ingin menginap di hotel berdekatan, bolehlah bermalam di The Hut Serkam (Rujuk Entry mengenai hotel ini).

Atau jika anda ingin merasai kehangatan malam di kampung halaman Otomen, boleh bermalam di kawasan perkarangan rumah Otomen yang luas dengan hanya RM5 seorang dan perlu membawa khemah dan peralatan sendiri.

Percutian bajet yang sangat murah dan berbaloi. Anda pasti teruja dan tidak akan dapat melupakannya jika sudah pulang ke bandar nanti.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi Otomen di:

WhatsApp >> 012-2910704

Facebook >> http://www.facebook.com/hhafizzicrew

Blog >> https://faizolhafizi.wordpress.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s