Pakej Percutian Menarik di Kampung

Assalamualaikum…

Apa aktiviti menarik cuti sekolah atau hujung minggu anda? Otomen meluangkan sedikit masa untuk anda yang masih tidak tahu untuk bercuti dan ke mana destinasi menarik yang hendak dituju.

Jom bersantai dan relaks minda di kampung Otomen. Otomen menyediakan perkhidmatan atau pakej yang rendah dan berbaloi untuk anda yang ingin merasai kenikmatan suasana kampung nan indah.

26120361

Menikmati suasana kampung yang menghijau, aman dan damai sungguh mententeramkan jiwa. Terasa hilang akan segala masalah dan tekanan dalam kehidupan.

Beginilah suasana kampung Otomen. Dikelilingi pokok-pokok yang menghijau serta nun disebelah kiri terdapat petak sawah yang menghijau memukau mata memandang.

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan

Menjala Ikan

Nelayan ikan tawar menjala ikan di Danau Borong Makassar, Sulawesi Selatan, Sabtu (25/7). Habitat ikan tawar di Makassar mulai berkurang akibat banyaknya rawa yang menjadi perumahan dan terjadinya pendangkalan sungai. ANTARA FOTO/Yusran Uccang/Rei/15.

Di belakang rumah Otomen, terdapat lautan yang terbentang luas. Terdapat pelbagai khazanah laut yang kita boleh nikmati di sana. Setiap kocakan air laut yang menampakkan setiap dari khazanah laut ini menimbulkan rasa geram untuk menangkapnya!

Apa yang ditunggu lagi? Tak perlu dah nak memancing. Terus je pasang jala dan lebih cepat mendapatkan hasilnya.

Laut ini sejak dari dahulu tidak pernah menghampakan kalau memancing atau menjala. Masih banyak ikan dan cuma ada sesetengah khazanah laut yang kian pupus dek arus pemodenan dunia.

ikan-belanakudang-lautInilah hasilnya setelah jala ditebar beberapa kali. Ikan belanak dan jika ada rezeki anda, pasti menerima habuan udang harimau fresh dari sini.

Mencari Siput di Paya Bakau

cari_siput

Selain dari memancing atau menjala, anda juga boleh mencuba aktiviti mencari siput di kawasan paya bakau yang berdekatan. Terdapat pelbagai jenis spesies siput yang boleh anda lihat. Antaranya siput sedut (yang biasa anda lihat), siput timba dan siput blongkeng (boleh rujuk artikel sebelum mengenai keindahan Kg Tedong Pantai).

cari_siput-2

 Bermalam di Khemah

campingOtomen juga menyediakan kepada anda yang sudi untuk merasai keindahan dan kecantikan suasana kampung untuk bermalam di sini. Buat masa ini, Otomen belum ada menyediakan perkhidmatan khemah. Disarankan kepada anda untuk membawanya sendiri dari rumah.

Mandi manda di Kolam Renang

kolam-renang-anak-plastikBagi yang bercuti bersama keluarga, pasti anak-anak anda tidak ingin berasa bosan ketika bercuti. Di kawasan halaman rumah Otomen, ada menyediakan kolam renang buat kanak-kanak berasa seronok dengan aktiviti mereka.

Bermain Permainan Tradisional

carrom1Carrom

permainan-tradisional-malaysia-guliGuli

gundutGundut

permainan-batu-serembanBatu Seremban

Anda pasti teruja dan seronok bermain permainan tradisional yang akan menggamit kenangan zaman kanak-kanak anda ketika di kampung dahulu. Di samping itu, anda boleh menikmati permainan ini bersama anak-anak anda yang mungkin tidak tahu permainan tradisional suatu ketika dahulu. Antara permainan tradisional yang diadakan di sini adalah Carrom, Batu Seremban, Main Guli dan Getah Gundut.

buaian-kanak-kanakGambar sekadar hiasan

Selain itu, di sini juga ada menyediakan permainan buaian bagi kanak-kanak yang memang suka dengan aktiviti bermain. Main dari pagi hingga petang, pasti mereka akan rasa lebih gembira dan terhibur.

Meronda Kawasan Kampung

basikal Tidak dilupa juga, anda boleh pusing-pusing ronda kampung halaman dengan basikal yang disediakan.

Mencuba Pemanduan Kereta Antik Tahun 1982 (Ford Laser)

ford-laser

Anda tentu tidak pernah memandu kereta lama kan? Di sini Otomen ada menyediakan perkhidmatan mencuba untuk memandu kereta lama yang mungkin tidak ramai yang boleh memandunya. Ini kerana stereng keretanya yang berat memerlukan kekuatan tenaga untuk memutarnya. hehe…

Melihat Monyet Kampung & Babi Hutan

monyet

babi-hutan

Jom tunjuk kan kepada anak-anak anda mengenali sedikit hidupan liar yang mungkin mereka tidak kenal. Spesies babi hutan yang semakin pupus ada di kawasan berdekatan rumah Otomen. Monyet-monyet liar yang bergayut-gayutan di pokok boleh dilihat jelas oleh anda. Jangan Takut! Mereka tidak mengapa-apakan kita jika kita tidak menggangu habitatnya.

Menikmati Hidangan Ice Blended Murah & Ais Krim Malaysia

ice-blended

Kalau di bandar-bandar, jika tekak anda terasa ingin menikmati Ice Blended, pasti harga yang ditawarkan bermula RM5 dan ke atas. Tetapi di sini, anda akan disajikan dengan harga yang sangat murah dan berbaloi. Satu cawan hanya RM3. Memang best dan murah kan… Rugi kalau tak mencubanya.

icecream-malaysiaAnda pernah tengok gambar di atas? Sudah lama kan tidak menikmatinya di arus pemodenan kini. Usah risau! Di sini anda boleh mengembalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak dulu makan ais krim Malaysia bersama kawan-kawan dan ahli keluarga. Harganya juga sangat murah dan sedap, bermula dari RM0.30 hingga RM0.50.

Satu percutian dan pengalaman yang sangat menarik bila anda berada di kampung. Otomen berasa sangat bertuah jika ada di antara anda yang ingin mencuba aktiviti-aktiviti yang ada di atas di kawasan rumah otomen. Pakej yang Otomen sediakan semuanya tidaklah mahal. Ia berbaloi dengan percutian bajet yang anda inginkan.

Pakej Percutian Bajet di Kampung Tedong Pantai, Merlimau Melaka

Pakej 2 Hari 1 Malam (RM80) >> tak termasuk aiskrim & ice blended

Pakej 3 Hari 1 Malam (RM150) >> tak termasuk aiskrim & ice blended

Pakej Harian

Setiap aktiviti permainan (RM5/setiap permainan) >> tak termasuk aiskrim & ice blended

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:-

ZoL a.k.a. Otomen 012-2910704

LeYa 017-6321680

Facebook: http://www.facebook.com/lfproduction

Alamat:

KM 19, Kampung Tedong Pantai,

77300 Merlimau, Melaka

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s