Menyelam di Lautan “Grand Launch of Abundance & Prosperity”

Assalamualaikum semua…

07 Januari 2017, hari Sabtu, Otomen berkesempatan untuk menyertai satu acara hebat yang diadakan di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Grand Launch of Abundance and Prosperity adalah aktiviti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Oleh kerana tahun ini adalah Tahun Ayam Jantan, ia sangat kena dengan temanya iaitu Kemakmuran dan Kemewahan kepada setiap peniaga dan pelanggan di situ.

c360_2017-01-07-12-55-40-210Sampai sahaja di Atrium di aras Concourse di Sungei Wang Plaza, sudah kelihatan ramai orang di situ. Sesi pendaftaran untuk pihak media atau blogger dijalankan. Otomen diberi sticker/pelekat sebagai bukti kehadiran ke situ. Kemudian, otomen diberi satu goodies bag berisi sampul angpau, kalendar, buah limau, hiasan tanglung, fail berisi maklumat event tersebut dan juga voucher Korean ice cream.

c360_2017-01-07-12-55-56-323

Menyusuri setiap orang ramai yang hadir untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti cerita di blog agak sukar dan memerlukan kreativiti supaya setiap gambar diambil cantik dan jelas. Hahaha…

DiĀ bahagian atrium, kita akan dapat lihat 9 ekor ikan koi yang sedang berenang-renang untuk menuju ke pintu gerbang naga yang dihias dengan bunga lotus (teratai). Dikatakan 9 ekor ikan koi itu membawa maksud kepada kekayaan dan bunga teratai pula bermasud kemakmuran.

c360_2017-01-07-13-10-32-240

Pentas yang dihias sederhana tetapi cantik dan tidak serabut. Otomen memang suka hiasan yang tidak memeningkan kepala. Hehehe… Di pentas inilah akan bermula segala aktiviti yang akan dijalankan. Stay tuned dan terus ikuti perkembangan cerita otomen.

c360_2017-01-07-13-34-40-923 c360_2017-01-07-13-30-51-331

Pembukaan yang cukup meriah dan hangat dari pelukis kaligraf, Master Pang Heng Khan dan tarian singa dari Acrobatic Malaysia Lion Dance Champion, Kwong Ngai Lion Dance yang sangat dan menghiburkan. Okay…yang ni otomen tak berkesempatan la kan.. LeYa kata sebab dia duduk di hadapan, “bila tangan kita dihulur ke dalam mulut naga, kita akan dapat sebiji limau“.Cool! Rugi otomen duduk belakang. Tak dapat lihat apa yang berlaku di hadapan..hehe…

c360_2017-01-07-13-44-57-813cny-launch-2Disusuli dengan ucapan kata-kata aluan dari Complex Manager, Ms Yuen May Chee dan terus merasmikan Abundance & Prosperity bersama-sama Mr. Joseph Teo, Head of Marketing Communication.

meet-greet-1c360_2017-01-07-13-57-23-025Saat yang dinantikan peminat pun tiba. Pelancaran komedi movie “Love from Kampung” yang diterbitkan oleh Major (H) David Teo, Director Silver yang sangat terkenal sama ada dalam filem melayu mahupun cina. Antara pelakon hebat yang hadir untuk pelancaran movie Love from Kampung adalah Jack, Jeff, Beauty, Bernard, Emily, January, Fancy, Bosvin dan Justin. Berteriak para peminat pabila melihat wajah-wajah pelakon naik ke pentas. Okay! Yg ni otomen tak berapa nak kenal la kan sebab otomen tak tengok sangat cdrama cina.. ekeke… Tapi lepas dari ni, tengok macam best je movie ni.

cny-launch-3 c360_2017-01-07-14-02-11-581

Kemeriahan diteruskan lagi dengan aktiviti “Yee Sang Tossing Ceremony” bersama para pelakon, tetamu kehormat dan tetamu yang hadir.

c360_2017-01-07-14-06-11-877

Otomen juga turut serta dalam aktiviti yee sang ni. Lama jugak la otomen dah tak pegang chopstick tu.. Teras kekok kejap..

c360_2017-01-07-14-04-39-280

Nampak betapa meriahnya majlis sedang berlangsung. Otomen dan LeYa sempat juga berselfie bersama dalam suasana yang gamat dan meriah itu.

c360_2017-01-07-14-07-27-011

Maskot membawa duit emas (coklat) membawa maksud kekayaan yang diperoleh oleh mereka. Otomen berkesempatan juga mengambil duit emas tersebut. Jual kaya ni wo.. Hahaha… Tap isayang dah masuk mulut.

c360_2017-01-07-14-13-46-101

Sesi temu ramah bersama pelakon Love from Kampung dan sesi bergambar dengan tetamu yang hadir.

c360_2017-01-07-14-43-33-348At last, sebelum balik, otomen berkesempatan pergi tebus voucher Korean ice cream. Otomen mengambil perisa coklat manakala LeYa pula merasa perisa vanilla. Senang ok nak bertukar-tukar rasa. Memang syok kalau suami isteri pergi sekali. Tak payah nak pilih-pilih sangat. Ambil je semua perisa yang ada.. Then, tukar-tukar lah.. haha..

Memang best dan awesome sangat dapat jemputan “Grand Launch of Abundance and Prosperity” ni. Dapat gak otomen pengalaman nak handle event nanti..

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: http://www.sungeiwang.com/

Facebook: http://www.facebook.com/sungeiwangplaza

Advertisements

One thought on “Menyelam di Lautan “Grand Launch of Abundance & Prosperity”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s