Lepak-Lepak di Genting Highlands

Leave a comment

16/01/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum…

c360_2017-01-07-15-42-17-967

Alkisahnya Otomen mengajak isteri tercinta, LeYa untuk ke Genting Highlands bagi menenangkan fikiran yang kusut. hehehe… Lagi pula, kami dah lama tak ke sana. Kiranya ni macam honeymoon yang entah ke berapa kali la ni.

c360_2017-01-07-15-36-18-105Dalam perjalanan, LeYa tak habis-habis dengan selfienya. Almaklumlah kerenah perempuan. Tapi kadang-kadang otomen pun sama.. Hahahha…

c360_2017-01-07-16-07-58-934

Sampai di pertengahan jalan, kami berehat sebentar untuk menikmati udara sejuk di situ. Pergghhh…memang sejuk gilerss… Kabus tebal tak nampak penglihatan. Lagi pula otomen yang cekeding ni memang tak ada lemak. Memang menggigil tahap gaban laa..

c360_2017-01-07-16-18-02-680

Kemudian, dalam kami sedang berehat menikmati pemandangan, datang dua sahabat dengan motorsikal berkuasa tinggi. Pergghhh… memang teruja beb tengok.. Ni kan impian otomen. Semoga impian otomen ni jadi kenyataan. Apa lagi? Peluang depan mata. Otomen bergambar mesra dengan motor tersebut. Terkoyak seluar dalam nak mengangkat nya.. Punya lah berat kan… Hehehe

c360_2017-01-07-17-45-19-405

Dah puas bergambar di bawah, kami meneruskan perjalanan naik ke puncak. Ini memang otomen dah tak tahan ni. Sejuk sangat dah ni. Kabus pun dah tebal tak Nampak signboard sehingga terlepas simpang. ekekek…

c360_2017-01-07-17-46-50-337c360_2017-01-07-17-46-10-445c360_2017-01-07-17-47-36-740

Kan otomen cakap tadi. Bukan LeYa je yang kaki gambar. Otomen pun 2×5 je. Alaa… gambar-gambar ni semua untuk kenangan kan. Kalau tak ambil nanti takde kenangan pulak untuk anak cucu.. Hahaha…

c360_2017-01-07-17-49-19-327

resort-world

Sebelum gi main permainan yang ada di Genting, Otomen dan LeYa pergi check-in hotel dulu. Untuk kali ini, kami hanya bermalam 1 malam sahaja. Kami menginap di Resort World Genting. Perggghhhhh….. memang cantik dan kemas bilik hotel bertaraf 5 bintang ni. Memang sesuai sangat untuk otomen yang nak berhoneymoon ni.. Hehehe..

c360_2017-01-07-18-23-41-359

Acah berani masuk rumah hantu. Tapi memang berani pun. Kau hado? Hahaha…

c360_2017-01-07-18-28-03-818Muka LeYa yang sudah kepenatan dan puas bermain permainan di sana. Oh ye! Otomen dan LeYa hanya bermain indoor sahaja memandangkan cuaca luar sangat sejuk. Otomen pula dah menggigil tak tahan sejuk kan. Kat dalam ni kurang lah sikit sejuknya.

c360_2017-01-07-18-27-31-280

Alamak!!! Jangan kecam otomen. Otomen tak masuk pun dalam ni. Otomen bergambar je kat depan pintu dia.. Hahaha…

Otomen pun kepenatan dan tidur lebih kurang jam 12.00 malam. Keesokannya, selepas breakfast, otomen dan leya berangkat pulang. Sekian dari cerita otomen.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: