Backpacking Kampung Bongsu Farmstay, Pahang

otomen-1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog lifestyle otomen taro dan juga rakan-rakan sekalian. 2 hari 1 malam di Kampung Bongsu Farmstay, Pahang. Dari Genting Highlands, otomen dan leya terus ke Kampung Bongsu Farmstay. 2 hari travel ke sana. Ok lah tu kan setakat nak melawat kampung rakan baik otomen di situ. Kalau nak explore negeri Pahang betul-betul mau seminggu ke dua minggu jugaklah baru habis satu Pahang.

c360_2017-01-29-21-33-03-159Bila dah sampai di perkampungan Kampung Bongsu, hari sudah gelap. Otomen bermalam di rumah rakan baik otomen di situ. Okay, sekarang ni Malaysia dilanda musim hujan, Jadinya, cuaca kat Kampung sangatlah sejuk dan membuatkan otomen menggigil kesejukan. Boleh jadi trauma jugalah otomen nak travel musim sejuk ni. Itupun belum ada salji lagi dah rasa sejuk gila… Tapi, kalau travel musim panas sangat otomen tak suka sebab rimas dengan tahap suhu kepanasannya.. Hehehe..

Dah settle check-in di rumah rakan baik, otomen dah tak larat dah nak keluar walaupun jam di tangan baru pukul 10.00 malam. Bila cuaca sejuk ni korang tau lah… Otomen rasa nak duduk dalam selimut je. Nak keluar ke toilet pun rasa malas.

cuti-1

Pekan Lanchang, sebuah pekan kecil di Pahang berdekatan dengan Kampung Bongsu Farmstay. Pekan ini merupakan lokasi penduduk setempat menjalankan kegiatan harian seperti bekerja dan membeli belah.

c360_2017-01-30-08-59-57-826

Kemudian, otomen dan leya melawat pula tanah kebun rakan baik otomen yang terletak berhampiran dengan Kampung Bongsu Farmstay. Macam-macam jenis buah-buahan tempatan ada ditanam di sini. Memang otomen tak sabar nak tunggu musim buah nanti. Hahaha…77650273Berhampiran dengan tanah kebun, otomen singgah di kawasan Kampung Bongsu Farmstay. WoW!!! Satu pemandangan yang sangat indah dan mendamaikan. Kau hagakkk tengok gambar kat atas tu macam ada kat mana? Dah sememangnya otomen rasakan seperti berada di Kundasang, Sabah dengan kawasan sekitar dipenuhi ladang rumput yang menghijau dengan lembu-lembu kampung sedang meragut rumput. OH! Indahnya otomen rasakan saat ini.

c360_2017-01-30-09-38-23-161

Tu dia Puan LeYa seronok mencuba konon-kononnya sedang membawa traktor. Best kan? Korang teruja tak nak datang sini?

scenery-kg-bongsu-farmstayPemandangan yang cukup indah dengan dikelilingi kolam ikan dan hamparan rumput yang menghijau. Sampai je di situ, otomen seperti tidak ingin pulang dek terpegunnya menghayati panorama alam ciptaan Allah yang cantik dan terbentang luas ini.

Tapi kali ini otomen tidak berkesempatan untuk bermalam di Chalet Kampung Bongsu Farmstay kerana kekangan masa. In shaa Allah, lain kali otomen dan leya akan menginap di sini dan merasai kehijauan ladang dari pagi hingga ke tengah malam dan juga cerita di chalet tersebut.

Semoga bertemu lagi dalam kisah travel otomen yang seterusnya.

Advertisements

2 thoughts on “Backpacking Kampung Bongsu Farmstay, Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s