Ke Johor Bahru Bersama Otomen Taro

Ke Johor Bahru bersama Otomen Taro11 Februari 2017 (Sabtu), Alhamdulillah… syukur kehadrat Ilahi. Dapat juga Otomen bawa keluarga berjalan-jalan sekitar JB, especially my cutie wife, LeYa.

c360_2017-02-12-07-34-16-850

Sebelum memulakan perjalanan, otomen singgah di kawasan perumahan yang akan diduduki abang otomen tidak lama lagi. Dijangka beliau akan duduk di situ sekitar tahun 2018. Singgah dan melawat tapak perumahan yang sedang membangun dan terpesona dengan landskap dan rumah contoh yang disediakan. Otomen dan Leya pun apa lagi. Membuat penggambaran percuma di situ. Hehehe

img-20170214-wa0025Suasana ruang makan yang ringkas dan santai membuatkan otomen rasa seperti berada di ruang makan di hotel bertaraf 5 bintang.

img-20170214-wa0030Suasana landskap yang menghijau seperti berada di kawasan perumahan di Eropah dengan pokok-pokok di trim cantik dan dihiasi dengan meja kayu yang menambahkan panorama landskap yang memukau mata memandang.

img-20170214-wa0017

Penat berjalan-jalan melawat tapak perumahan abang otomen, kami pun singgah di Big Bowl Ice, Johor Bahru untuk menikmati kelazatan ais batu special yang dihidangkan.

c360_2017-02-12-16-27-28-749

Belum sempat ais batu Big Bowl hadam dalam perut, kami singgah pula di salah sebuah restoran makan di kawasan bandar JB. Seperti kebiasaan, otomen memang tak lekang untuk membuat tempahan makanan Nasi Ayam. Hehehe… Mudah dan cepat. Tak perlu pening2. Rasa nasi ayam nya yang sangat sedap membuatkan otomen tak rugi mencubanya di sini.

Sebelum memulakan langkah perjalanan lebih jauh lagi, lebih kurang jam 2 petang, kami check-in dahulu untuk satu malam di Tune Hotel, Danga Bay, JB. Okay… hotel is good condition dan sangat selesa. Cukuplah sekadar untuk tidur semalam. Tak perlu pun yang terlebih over sangat. Hehe… Actually, otomen memang nak ucapkan terima kasih pada Traveloka kerana memberi voucher untuk kami menginap di sini. Hotel bertaraf tiga bintang yang disediakan ini sangat lah berpuas hati otomen dan leya.

c360_2017-02-11-23-51-21-063Suasana bilik tidur dan ruang mandi yang kondusif menambahkan suasana ceria di mood otomen untuk beristirehat di malam hari.

c360_2017-02-11-23-55-50-305Malam kian melabuhkan tirainya. Malam itu kami menjamu selera di M Top Café dengan hidangan Shellout Western yang menggiurkan. Memang teruja otomen melihatnya ketika makanan sampai di meja kami. WoW!!! Hidangan yang sangat menarik dan sangat berbaloi dengan harganya.

c360_2017-02-11-22-25-25-951

Shellout Western untuk 2 orang makan dan diberikan 2 gelas Soft Drink percuma berharga RM29.90 adalah berbaloi dan murah. Hidangan untuk 2 orang ini boleh dimakan untuk 4 orang. Nampak tak banyak ke tak hidangan yang disediakan ni. That’s why otomen cakap berbaloi-baloi.

Perut sudah kenyang. Hati pun riang. Kami pulang ke penginapan kami untuk berehat seketika.

c360_2017-02-12-10-55-51-188

Pagi Ahad bersamaan 12 Februari 2017, otomen dan keluarga bersiap untuk meneroka lagi kawasan sekitar Johor Bahru. Kali ini otomen akan bersiar di Puteri Harbour.

fb_img_1487122445696

Memang terbaik pemandangan di situ. Kawasan bot-bot mewah di pelabuhan disusun rapi dan otomen merasakan seperti di luar negara menikmati keindahan yang sungguh mempesonakan.

fb_img_1487122440442

fb_img_1487122452697

Pergghhhh…. santai habis otomen kan. Hehehe… dah nama pun bercuti. Kena lah bersantai dan berehat. Lupakan seketika kerja-kerja di kilang. Rehatkan minda dan mata dari hiruk pikuk kenderaan lalu lalang di Bandar.

fb_img_1487122456037fb_img_1487122459800Saat yang paling manis dan indah bila dapat berkumpul bersama keluarga tersayang. Kalau dahulu saat kecil, otomen nak ke luar pekan Merlimau pun susah. Alhamdulillah… hari ini, kami adik-beradik sudah pun membawa Emak dan Arwah Abah berjalan-jalan menikmati pemandangan indah di luar. Terima kasih Ya Allah. Otomen bersyukur dengan rezeki yang ada sekarang.

 

Advertisements

2 thoughts on “Ke Johor Bahru Bersama Otomen Taro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s