Aktiviti Menarik di Paya Bakau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Otomen Taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Alhamdulillah, di hujung minggu ini kita bertemu kembali dalam blog otomen yang serba kekurangan ini.

Okay, kali ini otomen nak bercerita tentang aktiviti menarik di hujung minggu yang otomen lakukan.

Mengutip Sebebak dan SepetangĀ di Paya Bakau

Hujung minggu yang tak tahu nak buat apa. Otomen menjelajah ke Paya Bakau di belakang rumah otomen. Sejak dari kecil lagi, otomen akan lakukan aktiviti di paya bakau dan laut di situ. Best kan! Kawasan belakang rumah otomen. Ada laut, Ada paya bakau. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan.

img_1890

Mencari rezeki tidaklah sesukar mana. Yang penting kita kena rajin dan berusaha. In-shaa Allah, ada hasil yang akan diperolehi. Sedikit atau banyak itulah rezeki kita yang diberi Allah. Terkadang otomen dan leya ada juga mengalami masalah kewangan berkurangan, tapi syukur hingga ke hari ini, tidak pernah lagi kami tidak makan berminggu-minggu. Tiada rezeki dari segi duit, Allah bagi rezeki lain. Rezeki Allah itu luas. Hanya kita yang perlu mencari dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi.

img_1896

Berlumuran dengan lumpur sudah menjadi kebiasaan otomen sejak dari dulu lagi. Otomen akan memerhatikan lubang berbentuk nombor ‘8’ yang dibuat oleh ‘Sebebak’, sejenis spesies kepah dan akan mengorek lubang tersebut untuk mendapatkan sebebak itu. Memerlukan sedikit kekuatan tenaga otomen taro untuk memasukkan tangan ke dalam lubang.

Kemudian, otomen ke kawasan bersebelahan untuk mencari pula ‘Sepetang’. Kaedah yang sama mencari Sebebak tadi, perlu kan kekuatan tenaga otomen taro yang luar biasa untuk mengorek lubang.

img_1908

Tadaaa…. Nampak tak? Inilah yang dikatakan rezeki Allah itu luas. Anda rajin. Anda akan dapat nikmatinya. Ni kalau kat pasar ni, sekilo dah RM20++ dah. Berat kulit dia je dah sekilo. Isi tak seberapa sangat. Alhamdulillah, otomen dapat nikmatinya dengan puas dengan hasil usaha otomen sendiri.

img_1909

Okay guys… Jemput tengok dan jilat skrin je ye. Hidangannya dah pun selesai dalam perut otomen dan keluarga. Hehehe

db80

9 Reasons Why “Makan Minum Kopi” Is Going To Be Your New Guilty Pleasure

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Aktiviti Menarik di Paya Bakau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s