Makan dan Sembang Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya

1

11/03/2017 by ZoL aka Otomen Taro

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG LIFESTYLE OTOMEN TARO DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER SEKALIAN ………..

Hari ini otomen nak menceritakan Al…..kisah otomen di Restoran Cafaeyen bersama ….

jeng….jeng…jeng….. Ada pulak jeng jeng jeng yek…ape la otomen mengarut nie kan..hihihihihihi….. Otomen bersama artis malaysia yang meletop kini… iaitu AERIL ZAFREL… Macho kan dia… mcm otomen jugak macho nye kan…. hahhahahaaha…perasan je otomen nie kan…

Macho kan otomen dari Aeril…kan……hahahahahaha.. Dan seperti yang dirancang oleh pihak penganjur, tepat jam 3.00 petang, acara pun bermula. Ramai lah peminat-peminat Aeril datang berpusu-pusu menerjah ke Restoran Cafaeyen untuk bergambar dan berselfie. Dalam kesibukan orang ramai itu, otomen sempat juga berselfie dengan artis pujaan ramai ni. Hehehe

Tiba masanya untuk peminat-peminat merasa air tangan Aeril yang dibuat khas oleh beliau. Signature Tea yang memang terkenal di Thailand menjadi menu minuman utama yang akan dibuat Aeril khas buat peminatnya.

Restoran Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya

Restoran Cafaeyen adalah sebuah restoran makanan Thai. Kalau terasa nak makan makanan ala Thai, boleh lah korang datang ke IOI City Mall, Putrajaya dan singgah ke Lower Ground.

Bukan otomen saja yang berada di situ. Ramai lagi rakan blogger yang turut sama memeriahkan Restoran Cafaeyen untuk nikmati juadah makan tengahari bersama Aeril. Pergghhhh…. memang banyak syok woo… Bila artis pujaan ramai makan duduk bersebelahan kita.  Makan dan minum bersama beliau serta berbual mesra seperti dah kenal lama lagaknya. Baru otomen tahu sebenarnya Aeril memang seorang yang peramah.

Fruity Coke with Mix Berries

Roasted Chicken Fried Rice

Salted Fish Fried Rice

Pineapple Fried Rice

Mango Sticky Rice

Inilah hidangan makanan otomen dan LeYa untuk tengahari waktu tu. Tetiba terasa lapar pulak bila menulis entri ni semula dan tengok gambar-gambar makanan di atas ni. Actually, banyak lagi makanan yang korang boleh rasa dan cuba di sini. Just datang je ke Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya dan membuat pilihan hati korang. Otomen memang berani cakap korang pasti puas hati dan akan datang kembali ke restoran ni. Rasa masakannya memang Superb dan sangat sedap. Tak rugi otomen datang ke sini.

Restoran yang sangat santai untuk berehat dan lepak-lepak bersama keluarga atau rakan-rakan kerana menampilkan gaya hipster yang menjadi trend terkini.

Maklumat lanjut mengenai Restoran Cafaeyen boleh hubungi seperti di bawah:-

Alamat : LG-36, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Tel : +6012 2900 449
Waktu operasi : 10AM–10PM
Advertisements

One thought on “Makan dan Sembang Bersama Aeril Zafrel di Cafaeyen IOI City Mall, Putrajaya

  1. Elih Japahar says:

    Best kan jumpa artis.

    Ada peluang kesana, bolehlah singgah skjap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: