Coway Run 2017 Bakal Diadakan Di Starling Mall, Damansara Uptown

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan sekalian.

Ini adalah acara yang pertama pihak Coway (M) Sdn Bhd akan menganjurkan larian pada 07 Mei 2017 di Starling Mall, Damansara Uptown.

Menurut Pengarah Urusan Coway, Mr Kyle Choi Ki Ryong, Coway Run ini diadakan bertujuan melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Yang akan membuatkan anda lebih seronok lagi adalah anda semua yang mendaftarkan diri sebagai peserta Coway Run 2017 akan ditemani oleh Model Fitness Malaysia Terkenal – Jordan Yeoh dan bekas Miss Universe Malaysia – Carey Ng.

Jika korang berminat untuk sertai larian Coway ini, jarak larian yang akan korang sertai adalah 5KM dan 10KM di kawasan Starling Mall. Ia juga dibahagikan kepada beberapa kategori:

  • Terbuka Lelaki (18 – 39 Tahun)
  • Wanita Open (18 – 34 Tahun)
  • Lelaki Veteren (40 Tahun ke atas)
  • Wanita Veteren (35 Tahun ke atas )
  • Fun Run (18 Tahun ke atas)

 

Penyertaan hanya dibuka kepada warga Malaysia SAHAJA.

Wahhhh…. Ini ada lagi best otomen nak bagitahu. Korang memang akan terus teruja nak sertai Coway Run ni. Okay… Apekah dia itu? Dalam apa pertandingan yang dianjurkan pasti ada hadiah sebagai tanda penghargaan kepada peserta. Pihak Coway juga ada menyediakan hadiah lumayan kepada setiap kategori pertandingan yang dipertandingkan. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai berupa RM1000 (Tempat Pertama), RM800 (Tempat Kedua) dan RM500 (Tempat Ketiga).

Coway Run ini juga ditaja khas oleh Starling Mall dan 100 Plus. Otomen memang nasihatkan korang semua untuk turut serta memeriahkan larian Coway ini beramai-ramai. Kalau korang nak tahu, otomen pun akan turut serta berlari untuk menyihatkan tubuh badan otomen ni.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini dijalankan dan berminat untuk pendaftaran, boleh ke laman web www.myraceonline.com atau boleh terus layari laman www.facebook.com/CowayMalaysia.

Advertisements

One thought on “Coway Run 2017 Bakal Diadakan Di Starling Mall, Damansara Uptown

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s