Pelancaran Sweet Aiman Produk Terbaru Dari Aiman Tino

Ke mana pulak otomen pergi kali ni? Nak tahu jom baca kisah selanjutnya sehingga habis ye.

Kalau pembaca blog lifestyle otomen taro nak tahu, pada 08 Mac yang lalu otomen telah mendapat jemputan ke Pelancaran Produk Sweet Aiman oleh Aiman Tino di Restoran Rebung Chef Ismail.

Siapa yang tak kenal dengan Aiman Tino ni kan? Penyanyi muda yang sedang meningkat naik melalui lagu pertamanya, Ku Rela Dibenci dan lagu keduanya Permata Cinta. Aiman Tino atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri berusia 18 tahun memang sangat meminati bidang perniagaan. Dengan kolaborasi bersama pihak syarikat Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd, dapat juga Aiman mempunyai produknya sendiri buat peminat-peminat Aiman untuk mencubanya.

3 produk Sweet Aiman yang akan dipasarkan kepada peminat-peminat Aiman dan orang ramai ialah 3D Cream DD Mineral Cushion, Candy Cherry Brite dan Cherry Brite HD. Pihak Wonder Glow yakin yang 3 produk ini akan mendapat tempat di hati peminat Aiman dan begitu sangat berpuas hati dapat bekerjasama dengan artis muda yang rajin dan berbakat ini.

Jelajah Sweet Aiman juga akan diadakan di lokasi yang akan dikongsikan di bawah ini yang mana telah mendapat kerjasama dengan pihak Mydin Malaysia untuk membuat promosi produk Sweet Aiman ini. Peminat-peminat akan berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra dengan Aiman serta boleh mendapatkan produk-produknya dengan lebih mudah. Dan yang paling penting buat peminat Aiman, anda boleh dapatkan autograf dari Aiman sendiri dengan setiap pembelian produk-produknya.

  1. Mydin Senawang, Negeri Sembilan – 23 Mac 2017 (5 petang)
  1. Mydin City One, Sarawak – 7 April 2017 (3:30 petang)
  1. Mydin Samariang, Sarawak – 29 April 2017 (3:30 petang)

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi 010-7094042. Produk Sweet Aiman juga boleh didapati di kiosk-kiosk Wonder Glow seperti berikut:

  1. Lot 2-2-21 Busana Menara

Jalan Tuanku Abdul Rahman

50100 Kuala Lumpur.

  1. Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam

No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13

40100 Shah Alam

  1. F45 Tingkat 1 & Tingkat 2

Kluang Parade

Jalan Sentul, 86000 Kluang

Johor Darul Takzim

  1. Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu

Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu

Kelantan Darul Naim.

Selain dari itu, korang boleh lah layari laman web Sweet Aiman di www.sweetaiman360.com dan ikuti Instagram Sweet Aiman di https://www.instagram.com/sweetaiman360deg/ supaya tak terlepas update terkini.

Advertisements

One thought on “Pelancaran Sweet Aiman Produk Terbaru Dari Aiman Tino

  1. Pingback: Rezeki Aiman Tino Melimpah Ruah | Otomen Taro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s