Jom Bercuti ke Taiwan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Cantik dan bersihnya Taiwan. Ia membuatkan otomen teruja nak melancong ke Negara tersebut.

Pada Sabtu lalu bersamaan 18 Mac 2017, satu program promosi melancong ke Taiwan telah diadakan di Seri Pacific Hotel bersempena Matta Fair 2017. Korang akan diberi tips dan pengalaman untuk ke Taiwan oleh seseorang yang amat dikenali di dunia selebriti Malaysia. Turut memeriahkan program adalah DJ JC Cheah yang sangat menghiburkan dan membuatkan semua hadirin yang hadir teruja untuk melancong ke Taiwan.

Jemputan khas, Chef Dato Fazley Yaakob, juara Masterchef Selebriti 2012 yang akan memberi sedikit perkongsian kepada pelancong terutama muslim yang ingin bertandang ke sana.

Penambahbaikan tandas dan surau membuatkan pelancong muslim akan lebih selesa bila melancong ke sana. Restoran-restoran juga digiatkan lagi untuk mendapatkan pengiktirafan halal bagi membolehkan pelancong muslim menikmati masakan Taiwan tanpa rasa was-was. Menariknya lagi, menurut Dato Fazley, satu tempat yang beliau kunjungi iaitu di Pasar Taipei, kelihaan begitu cantik, kemas dan bersih sekali. Ini membuktikan Taiwan bukan seperti di China. Seperti yang kita bayangkan dahulu di mana tempatnya mungkin kotor adalah jauh berbeza dari yang kita bayangkan. Taiwan adalah sebuah Negara yang bersih dan cantik untuk dilawati.

Pengalaman Dato Fazley mencuba merasai makanan di Taiwan yang sangat sedap membuatkan otomen betul-betul teruja nak ke sana. Menaiki basikal melihat dan menikmati kawasan Bandar Taipei yang cantik dan indah serta mengenal budaya masyarakat Taiwan memberikan satu perasaan untuk otomen melancong ke sana.

Korang teruja tak untuk melancong ke Taiwan bila otomen dah ceritakan serba sedikit pengalaman Chef Dato Fazley ke sana. Lebih-lebih lagi pelancong muslim macam kita ni. Pasti dah tak risau kan! Korang boleh je nikmati trip percutian korang di Taiwan dengan seronok sekali.

Nak tahu maklumat lanjut mengenai promosi ke Taiwan ni, boleh layari laman web http://www.taiwan.net.my/ms/

Advertisements

2 thoughts on “Jom Bercuti ke Taiwan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s