Meraikan Program Amal di Hari Pengasas Dr Ko bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Korang kenal dan tahu tak tentang Dr. Ko Skin Specialist? Pasti ramai yang sudah tahu akannya dan tak mustahil ada di antara korang yang pelanggan setia Klinik Dr Ko. Korang tahu tak yang hari ini merupakan Sambutan Hari Pengasas Pakar Kulit Dr. Ko 2017.

Restoran Le Midi, Bangsar Shopping Centre

20 Mac 2017 – Hari Pengasas KO kembali untuk tahun kedua. Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Dr Ko akan menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat. Sepanjang program amal ini dijalankan, duar artis tempatan terkenal akan turut sama melibatkan diri dalam kerja kebajikan sebagai membantu masyarakat yang kurang upaya.

Pengasas Dato Dr Ko Chung Beng

Pengasas Klinik Pakar Kulit Dr. Ko, Dato Dr Ko Chung Beng mengatakan hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai seorang doktor adalah merawat pesakitnya dan juga mengembalikan keyakinan diri kepada mereka.

Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau sangat bermurah hati dan mengetepikan soal bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, En Amin Mohd Ali Sidek

Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang sebanyak RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Kemudian, beliau menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia pada tahun ini. Menurut Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser, En. Amin Mohd Ali Sidek, kanser merupakan penyakit pembunuh kedua selepas penyakit jantung. Sebanyak 120,000 jumlah pesakit kanser dikenalpasti di hospital kerajaan dan selebihnya anggaran 40% didapati di hospital swasta.

Sambutan Hari Ko tahun ini ditaja oleh Make A Wish Creations, sebuah syarikat perancang majlis dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia di Bangsar Shopping Centre. Turut sama memeriahkan majlis pada hari ini ialah pelakon terkenal Idris Khan yang segak bergaya dan Dynaz Mokhtar yang tinggi lampai dan cantik ini.

Bual bicara seketika bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar yang sentiasa mencari masa terluang untuk melibatkan diri dalam kerja kebajikan sebagai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Dengan penglibatan artis tempatan dalam menjayakan program amal untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik akan lebih telus dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat di luar sana.

Dengan setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr. Ko yang bermula pada 24 Mac sehingga 30 April 2017 akan disumbangkan oleh Dato Dr Ko sebanyak RM1 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia.

Pelanggan yang mendapat rawatan dalam tempoh tersebut juga akan mendapat pelbagai ganjaran dan tawaran hebat.

Menurut Dato Dr Ko lagi, hari Pengasas ini adalah aktiviti tahunan dengan tujuan murni untuk menyalurkan bantuan kepada badan kebajikan berbeza pada setiap tahun. Ia juga turut memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab sosial untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam membantu orang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, boleh layari www.foundersday.koskinspecialist.com

Advertisements

One thought on “Meraikan Program Amal di Hari Pengasas Dr Ko bersama Idris Khan dan Dynaz Mokhtar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s