Alma Lasers Melancarkan Accent Prime Untuk Bentuk Tubuh dan Kulit Menawan

Teknologi masa kini semakin pantas ditelan arus pemodenan. Pelbagai inovasi telah tercipta bagi mengejar kemajuan dunia. Termasuklah juga inovasi kecantikan. Pelbagai kaedah dan rawatan kini boleh didapati di pasaran sehingga kini.

Salah satu jenama yang cukup aktif dan berjaya dalam menghasilkan teknologi terkini adalah Alma Lasers. Otomen berpeluang menghadiri sati Majlis Pelancaran Accent Prime – The Next Generation Body Contouring and Skin Tightening Solution yang bertempat di Aloft Hotel, Kuala Lumpur Sentral. Pelancaran tersebut juga telah dihadiri oleh selebriti-selebriti tanah air seperti Jihan Muse, Maya Matahari, Ismaliza AF, Dafi Ismail, Fazli Zainal dan ramai lagi. Turut hadir adalah Dr. Aidil Azry (pengasas Idealyst Clinic) dan Dr. Pablo Naranjo (Vice President of Spanish Medical Association Aesthetic Laser). Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Sri Datin Seri Dr. Susan Cheah.

Accent Prime, salah satu daripada jenama Alma Lasers yang paling berjaya dan telah diperakui untuk penegangan kulit, pengkonturan badan dan stesen kerja peningkatan estetika meraikan ulang tahun ke-10 tahun dengan kempen yang baharu dilancarkan. Alma Lasers, penginovasi global penyelesaian laser, berasaskan cahaya, frekuensi radio dan ultrabunyi untuk pasaran estetika dan pembedahan telah mengeluarkan platform generasi pertama berjenama Accent pada tahun 2007, dengan kelulusan FDA dan mempertingkatkan teknologi platform ini sepanjang dekad yang lalu sehingga keluaran terbaharu rangkaian produk pengkonturan tubuh Alma Lasers: Accent Prime.

Platform terkini menggabungkan inovasi termaju dalam ultrabunyi dan teknologi frekuensi radio Unipopular bagi menghasilkan rawatan yang boleh disesuaikan dengan pelanggan, pantas, berkesan dengan hasil yang berpanjangan. Accent Prime, platform Accent generasi keempat dilancarkan dalam jangkamasa 10 tahun, boleh menggandakan kepantasan pengkonturan badan dan rawatan penegangan kulit.

Para tetamu yang hadir juga dapat melihat demonstrasi Body Contouring dan Skin Tightening. Para tetamu yang hadir juga turut boleh merasai setiap demonstrasi mengikut pilihan volunteer. Accent Prime mampu merawat Face Contouring, Skin Resurfacing/Rejuvenation and Cellulite dengan cukup pantas tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan.

 Perhatikan wajah rakan blogger otomen iaitu Reef dalam membuat demonstrasi Skin Tightening.

Oleh yang demikian, kempen ulang tahun Accent yang ke-10 akan berlangsung sepanjang 2017 dan akan menarik penglibatan melalui peraduan di Facebook, video dan penyebaran isi kandungan digital yang akan mempamerkan kejayaan jenama ini.

“Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan dekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Keluaran terbaharu selama 10 tahun Perjalanan Accent – Accent Prime telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma, Dr. Ziv Karni.

Alma Laser juga menawarkan prosedur yang selamat dan berkesan, justeru membolehkan pesakit mendapat manfaat daripada teknologi dan rawatan tercanggih yang terbukti secara klinikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai Accent Prime, boleh layari http://www.almaaccentprime.com dan Alma Laser di laman web http://www.almalasers.com.

Advertisements

2 thoughts on “Alma Lasers Melancarkan Accent Prime Untuk Bentuk Tubuh dan Kulit Menawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s