Jelajah Dunia Dengan Basikal

Leave a comment

05/04/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle otomen taro. Berbasikal mengelilingi dunia adalah satu cabaran yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental. Pagi tadi sebelum ke tempat kerja, otomen mendengar Radio Era.fm di mana seorang pemuda, Faizal Tarihhuddin yang gemarkan aktiviti lasak telah melibatkan diri dalam aktiviti berbasikal mengelilingi dunia selama lebih kurang 5 bulan.

Sebelum ini beliau menyandang jawatan sebagai seorang Pengurus Teknologi Maklumat (IT) di Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL) selama setahun. Merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan merasakan tidak puas dengan rutin hariannya walaupun sering diselang-seli dengan menyertai aktiviti lasak pada waktu lapang.

Faizal yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini menginginkan sesuatu yang lebih mencabar kepada dirinya sekaligus menjadikan dia berbangga dan puas dengan pencapaiannya suatu hari nanti.

Lantas, tindakan beliau berhenti kerja adalah jangkaan dia sendiri yang sudah difikirkan semasak-masaknya demi memenuhi impiannya untuk menjelajah dunia dengan menunggang basikal secara solo.

Pengembaraan solonya yang pertama adalah Turki. Pada 23 Disember lalu bermula di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, Faizal memulakan aktiviti pengembaraan solonya berbasikal mengelilingi dunia.

Pengembaraan tersebut telah membabitkan perjalanan sejauh 16,000 kilometer dan meliputi beberapa buah negara termasuk Afrika Selatan.

Saya seorang yang berjiwa lasak dan gemar mencabar diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem seperti memanjat gunung dan sukan berbasikal sejak di universiti lagi.

€œMalah pada tahun 2010 saya telah mengalami kecederaan serius pada bahagian dada semasa menjalankan aktiviti mountain bike, katanya pada sidang akhbar mengenai pengembaraan jelajah dunia secara solo dengan berbasikal, di HPKL, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Faizal mengakui insiden tersebut telah memperlahankan sedikit aktiviti ekstremnya, tetapi tidak mematikan minatnya untuk terus berkayuh.

Seorang rakan kemudian mencadangkan dia menyertai aktiviti berbasikal secara santai iaitu bergerak di atas jalan raya dan berkonvoi secara beramai-ramai.

Mulanya, bersama rakan-rakan, Faizal berkonvoi di dalam negara sahaja sebelum timbul idea untuk mengembara mengelilingi dunia secara solo dengan basikal.

Faizal sedar untuk mencapai impian tersebut dia memerlukan perbelanjaan yang besar bagi menampung diri sepanjang pengembaraan.

Untuk itu dia nekad menjual rumah dan kereta, sebelum diikuti dengan keputusan untuk berhenti kerja.

Waktu itu ibu tidak mengetahui rancangan saya, sehinggalah rumah dan kereta saya dijual. Sejak dari itu ibu mula sedar bahawa saya serius dengan impian saya dan mula menyokong minat saya,” kata Faizal.

Tambahnya, sebelum mengambil keputusan untuk memulakan pengembaraan sulung ke Turki, dia sudah melakukan beberapa trip menunggang basikal malah meliputi Thailand, Indonesia dan Singapura.

Sumber Bacaan: http://www.utusan.com.my/
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: