Financio – Sebuah Perisian Kewangan Buat Peniaga Kecil Menguruskan Syarikat Milik Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan rakan-rakan blogger yang dirahmati sekalian. Malam ini agak lewat otomen melelapkan mata. Daripada bersengkang mata tak tahu nak buat apa ni, otomen akan kongsikan maklumat menarik buat anda lebih-lebih lagi buat para peniaga kecil-kecilan yang kebuntuan dan ke’pening’an melayan rekod kewangan yang berterabur.

Financio adalah sebuah perisian baru yang dibangunkan oleh Asian Business Software Solution Sdn Bhd (ABSS) yang mana merupakan sebuah organisasi yang membantu peniaga kecil-kecilan dalam mengendalikan akaun dan cukai serta menyediakan perisian Financio kepada peringkat seterusnya.

Many startups and small businesses cannot afford or see the need for an accountant in the early stages. This is a risk as they can lose track of their financials and performance because they are flying blind and cannot be in control of a business if they don’t know what is going on,” said ABSS Chief Executive Officer Paul Conway at the launch of Financio in Kuala Lumpur on 29 March 2017.

Perisian Financio ini adalah user-friendly dan sangat sesuai kepada golongan yang bukan Akauntan kerana ia tidak memerlukan pengetahuan dalam bidang perakaunan pun untuk melaksanakannya. Pendek kata, orang macam otomen pun boleh menggunakannya. Sebab sangat mudah untuk mengendalikannya. Nanti otomen akan cuba godek-godek perisian ni ye. Financio juga membantu para peniaga menguruskan segala dokumen kewangan dengan sebaiknya. Memang BEST dan COOL giler!!

Dan disebabkan peniaga kecil-kecilan adalah sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan juga sebagai pendapatan keluarga, oleh yang demikian ABSS menawarkan perisian Financion Basic Version secara percuma sepanjang hayat sebagai salah satu sumbangan kepada masyarakat.

Perisian yang memang mudah untuk digunakan. Pengguna hanya perlu melakukan dengan mengisi maklumat Sales dan Purchase sahaja. Kemudian, dengan bangganya sistem akan melaksanakan kerjanya dengan relaks and cool bebeh memaparkan setiap laporan dan rekod cukai kewangan syarikat peniaga.

Financio juga ada menawarkan servis multi-currency support, real time backup, Malaysian GST support, file storage for attachments to transactions, disebabkan ia adalah CLoud Based, yang mana boleh diakses di mana-mana sahaja anda berada.

Financio menawarkan juga servis percuma sepanjang hayat untuk penggunaan tanpa had dan servis premium kepada perniagaan yang semakin meningkat maju sebanyak RM32.95/bulan dan RM329.50/tahun.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai perisian Financio ini, boleh layari:

Website: https://financio.com/

Facebook: Financio

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s