Kemeriahan Klang Parade bersama Dina Nadzir di K Song Karaoke Competition

Leave a comment

12/04/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Aduh!!! Kesibukan otomen sejak akhir-akhir ni telah membuatkan otomen seringkali lewat untuk buat entri buat tatapan pembaca setia otomen. Di kala keheningan pagi ini, otomen cuba memerah idea untuk menulis satu kisah yang otomen rasakan sungguh hebat sekali.

Pertandingan #1Min2Fame K Song Karaoke Family KTV peringkat akhir yang diadakan di Klang Parade itu telah membawa Otomen ke situ untuk menyaksikannya pada Sabtu yang lalu. WoW!!! Lebih hebat lagi adalah penampilan selebriti Dina Nazir, Riz Zaizizi dan Rafiq sebagai juri jemputan untuk pertandingan tersebut. Yang membuatkan otomen teruja untuk ke situ adalah kerana ingin menyokong rakan blogger baik otomen iaitu Reef. Reef telah berjaya hingga ke peringkat akhir untuk K Song karaoke pada tahun ini.

Jadi memandangkan pertandingan karaoke bermula pada jam 2.00 petang dan otomen sudah pun sampai di Klang Parade seawal pagi, terpaksalah otomen mengikut rentak rasa Mrs. LeYa yang sakan bershopping. Orang perempuan la kate kan.. hehehe

Untuk kali ini, Otomen mengikut LeYa bershopping di Next Ladies yang berada di Tingkat 1 di Klang Parade ini. WoW!!! Butik yang sangat luas dan selesa. Memang otomen sendiri pun rambang mata nak memilih pakaian buat isteri tercinta.. Banyak sangat pilihan dan harga pun berbaloi-baloi.

Itu dia bak hang!!! Tak cukup tangan Mrs. LeYa kita ni bershopping. Habis RM400 jugak lah duit hari ni. Ekekeke… Nak bua macam mana. Sesekali belanja isteri.

Dah sakan bershopping, baru teringat perut dah kebulur. Apa lagi??? Otomen pun mengajak lah LeYa mencari tempat makan yang best. Dan mata tertancap pada Restoran Next Food Junction di Tingkat 5. Ada pelbagai pilihan menu makanan di situ. Heaven kaw!! Otomen seperti masuk ke syurga makanan. Sekali lagi tak tahu nak pilih yang mana. Semuanya nampak sedap dan menggiurkan tekak dan perut yand sedang lapar ni. Hehehe

Hidangan Otomen untuk tengahari itu, Claypot Chicken Rice berharga RM8.90

Perut dah kenyang, hati dah riang. Sebelum memulakan langkah seterusnya, otomen solat Zuhor dahulu. Apa-apa yang kita lakukan jangan lupa solat taw.

 

#1Min2Fame K Song Family KTV Karaoke Competition

Inilah acara kemuncak yang otomen tunggu-tunggu. Jom saksikan bagaiman peserta-peserta finalis K Song Karaoke akan beradu tenaga berentap untuk merebut juara kali ini. Dan otomen selaku kawan blogger kepada Reef menyokong padu agar beliau boleh menang.

Barisan juri jemputan yang memang best dan sungguh mengujakan. Dari kiri Riz Zaizizi, Dina Nazir dan Rafiq. Mereka semua memang sporting habis, lebih-lebih lagi Dina. Berbual dan bergambar mesra macam dah lama kenal je. Cayalah Dina!! Otomen salute la.

Bagaimana pula reaksi rakan otomen ni. Tengok sahaja gambar di atas. Bersemangat dan memang best sangat performance dia petang tu. Dah macam banyak pengalaman je Reef perform.

Inilah juara-juara bagi #1Min2Fame K Song Karaoke Competition 2017. Tahniah Reef! Berjaya meraih tempat ketiga. Bagi otomen itu sudah cukup hebat dari otomen yang tak masuk ni. Berani berhadapan dengan khalayak ramai dan pandai mengawal emosi orang ramai. Bukan senang ye! Cuba lah kalau korang nak tahu senang ke tak untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Pemenang 1 Min 2 Fame Karaoke Competition

Champion : Faisal Md Saad

1st Runner-up : Ardi Gunsuh

2nd Runner Up : Shariffudin Azhar Bin Omar

Sebelum akhiri majlis, Dina Nazir membuat kejutan dengan menyanyikan sebuah lagu untuk menghiburkan para tetamu yang hadir. WoW!!! Suara Dina yang memang mantap menambat hati siapa yang mendengarnya. Ceewaaahhhh… Otomen bodek nampak..Hehehe

Untuk mengeahui maklumat lanjut: bolehlah anda layari di laman web bawah ini:-

Facebook Klang Parade

Facebook Next Ladies

Instagram Next Ladies

Facebook Next Food Junction

Instagram Next Food Junction

Facebook K-Song Family KTV Klang Parade

Instagram K-Song Family KTV Klang Parade

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: