Nandos Menyediakan Tawaran Kerja Kepada Semua

Leave a comment

27/04/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle otomen taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian.

Gambar Hiasan diambil dari Sumber Gambar: Mr Google yang Awesome dan Hebat

Ramai di kalangan kita sedang mencari kerja kosong kan. Terutama kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang tidak dapat sambung belajar di mana-mana universiti tempatan. Jangan risau dik! Abg Otomen dulu pun lepas SPM terus kerja. Dah kahwin baru dapat peluang belajar. Zaman sekarang dah semakin mudah dik. Adik-adik simpan je duit, kalau dah cukup, pergi je daftar di kolej-kolej swasta yang melayakkan kita untuk sambung belajar ke peringkat ijazah. Janji ada duit dik!

Gambar Hiasan diambil dari Sumber Gambar: Mr Google yang Awesome dan Hebat

Okay lah… back to the basic. Dari tadi otomen duk upload gambar Nando’s kan. Apa motif dan kepentingannya berkenaan cerita otomen hari ini. Aha! Kalau korang atau adik-adik yang sedang mencari kerja kosong nak tahu, meh usha cerita otomen sampai habis.

Pihak Nando’s sedang membuat tawaran menarik buat korang semua yang sedang mencari kerja. Otomen akan kongsikan jawatan dan lokasi yang menjadi pilihan untuk korang yang berdekatan mencari kerja.

Jadi… Jom kita tengok syarat-syarat kelayakan sebelum memohon jawatan sesuatu kerja itu.

1) Jawatan: Kru Restoran – Dapur

Requirements

  • Bersikap positif, personaliti yang bersemangat dan senyuman yang ceria
  • Berdikari, berinisiatif dan mampu bekerja dengan kakitangan yang lain
  • Memberi tumpuan dengan teliti serta teratur dan mempunyai kemahiran untuk merancang
  • Mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik dan kemahiran berkomunikasi
  • Berkeupayaan untuk mengendalikan tekanan
  • Etika kerja yang kuat
  • Mempunyai kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
  • Lepasan sekolah digalakkan untuk memohon

Responsibilities

  • Menyediakan dan menghidangkan semua produk merujuk kepada prosedur
  • Menghasilkan makanan yang berkualiti mengikut resipi
  • Menyediakan semua pesanan makanan pada masa yang tepat
  • Mengurangkan pembuangan makanan sehingga tahap minimum
  • Menyemak dan mengekalkan stok yang mencukupi
  • Mengekalkan semua peralatan dalam keadaan baik
  • Mengekalkan kebersihan di dapur serta kawasan penyimpanan
  • Sentiasa berpakaian seragam yang bersih dan memberi layanan yang mesra dan profesional pada setiap masa

Additional Benefits

  • Gaji Pokok RM 1,100 sebulan untuk pekerja Sepenuh Masa
  • RM 5 – RM 6 per jam untuk pekerja Separuh Masa
  • Insentif, caruman KWSP, SOCSO, makanan, bonus, kenaikan gaji, perubatan dan insuran, cuti sakit, cuti tahunan, latihan and pembangunan, peluang kerjaya

* Tertakluk kepada terma & syarat. Kadar gaji bulanan berdasarkan lokasi.

Last Date to Apply:- 24 May 2017

Lokasi yang memerlukan anda untuk mengisi jawatan tersebut adalah:

  1. Seri Kembangan, Selangor | Subang Jaya, Selangor
  2. Petaling Jaya, Selangor | Puchong, Selangor | Sepang, Selangor
  3. KL City, Kuala Lumpur | KL Sentral, Kuala Lumpur | KLCC, Kuala Lumpur
  4. Johor Bahru, Johor | Bangsar Baru, Kuala Lumpur | Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  5. Bayan Lepas, Pulau Pinang | Georgetown, Pulau Pinang | Seberang Perai, Pulau Pinang
2) Jawatan: Kru Restoran – Servis

Requirements

  • Bersikap positif, personaliti yang bersemangat dan senyuman yang ceria
  • Berdikari, berinisiatif dan mampu bekerja dengan kakitangan yang lain
  • Memberi tumpuan dengan teliti serta teratur dan mempunyai kemahiran untuk merancang
  • Mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik dan kemahiran berkomunikasi
  • Berkeupayaan untuk mengendalikan tekanan
  • Etika kerja yang kuat
  • Mempunyai kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
  • Lepasan sekolah digalakkan untuk memohon

Responsibilities

  • Melayani pelanggan dengan menggunakan ‘Nando’s Expedisi’: Sambutan Mesra; Lihat, Dengar dan Tanya; Senyum dan berdiri dalam kedudukan yang sesuai; Ucapkan Selamat Jalan dengan mesra
  • Mempunyai pengetahuan tentang produk dan harga untuk membolehkan kita menjelaskan kepada pelanggan dan sebarang promosi yang terdapat di Nando’s
  • Membantu pelanggan semasa menerima pesanan (take-away)
  • Memastikan pelanggan sentiasa gembira, sentiasa dimaklumkan dan berpuas hati pada setiap masa
  • Sentiasa memberi khidmat dan tumpuan kepada pelanggan secara profesional dan mesra supaya pelanggan merasai ‘The Nando’s Experience’
  • Menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan sebelum diminta
  • Cetak, sedia dan tunjuk bil yang tepat serta menerima bayaran daripada pelanggan
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
  • Memastikan kebersihan restoran
  • Membantu dalam penyediaan makanan

Additional Benefits

  • Gaji Pokok RM 1,100 sebulan untuk pekerja Sepenuh Masa
  • RM 5 – RM 6 per jam untuk pekerja Separuh Masa
  • Insentif, caruman KWSP, SOCSO, makanan, bonus, kenaikan gaji, perubatan dan insuran, cuti sakit, cuti tahunan, latihan and pembangunan, peluang kerjaya

* Tertakluk kepada terma & syarat. Kadar gaji bulanan berdasarkan lokasi.

Last Date to Apply:- 24 May 2017

Lokasi yang memerlukan anda untuk mengisi jawatan tersebut adalah:

  1. Seri Kembangan, Selangor | Subang Jaya, Selangor
  2. Petaling Jaya, Selangor | Puchong, Selangor | Sepang, Selangor
  3. Bayan Lepas, Pulau Pinang | Putrajaya, Kuala Lumpur | Cyberjaya, Selangor
  4. KL City, Kuala Lumpur | KL Sentral, Kuala Lumpur | KLCC, Kuala Lumpur
  5. Johor Bharu, Johor
3) Jawatan: Rider

Requirements

  • Mempunyai lesen yang sah ( Kelas B2 )
  • Mahir dengan laluan di Lembah Klang dan/atau kawasan yang ditetapkan
  • Bersikap positif, personaliti yang bersemangat dan senyuman yang ceria
  • Berdikari, berinisiatif dan mampu bekerja dengan kakitangan yang lain
  • Memberi tumpuan dengan teliti serta teratur dan mempunyai kemahiran untuk merancang
  • Mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik dan kemahiran berkomunikasi
  • Berkeupayaan untuk mengendalikan tekanan
  • Etika kerja yang kuat
  • Mempunyai kebolehan berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris & Bahasa Malaysia
  • Lepasan sekolah digalakkan untuk memohon

Responsibilities

  • Menghantar produk makanan Nando’s kepada para pelanggan dalam masa yang ditetapkan dengan cara yang profesional
  • Berperanan sebagai duta Penghantar Nando’s dan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan
  • Mengekalkan etika jalan raya yang baik kepada pengguna jalan raya yang lain
  • Bertanggungjawab memastikan keadaan motosikal sentiasa berada dalam keadaan yang
  • Sanggup membantu dalam operasi restoran sekiranya tiada penghantaran

Additional Benefits

  • Gaji Pokok RM 1,100 sebulan untuk pekerja Sepenuh Masa
  • Elaun Penghantaran + Insentif Penghantaran
  • RM 5 – RM 6 per jam untuk pekerja Separuh Masa
  • Insentif, caruman KWSP, SOCSO, makanan, bonus, kenaikan gaji, perubatan dan insuran, cuti sakit, cuti tahunan, latihan and pembangunan, peluang kerjaya

* Tertakluk kepada terma & syarat. Kadar gaji bulanan berdasarkan lokasi.

Last Date to Apply:- 24 May 2017

Lokasi yang memerlukan anda untuk mengisi jawatan tersebut adalah:

  1. Seri Kembangan, Selangor | Subang Jaya, Selangor
  2. Cyberjaya, Selangor | Petaling Jaya, Selangor | Puchong, Selangor
  3. Johor Bahru, Johor

Terdapat 3 jawatan yang ditawarkan oleh pihak Nandos kepada korang semua. Sebelum terlewat, cepat-cepat lah korang mengisi kekosongan yang ada ni sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi taw! Nanti dah tamat, menyesal pulak. Hehehe

Cara Memohon Jawatan tersebut adalah korang hanya klik pada setiap lokasi yang korang pilih. Kemudian, korang akan dibawa masuk ke halaman memohon kerja seterusnya ikut setiap langkah yang disediakan. Otomen hanya membantu memberitahu jawatan kosong yang ada di dalam Malaysia ini sahaja. Korang yang memerlukan, boleh lah cepat-cepat terus memohonnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: