Menyokong Padu Perangi Kanser di Relay for Life Melaka 2017

Leave a comment

04/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca blog setia otomen taro dan rakan-rakan sekalian. Agak lama juga otomen tak bersiaran dalam blog buruk otomen ni. Hari ini dengan penuh kekusyukan menghadap laptop, otomen cuba memerah idea menulis cerita di sebalik blog lifestyle otomen ini.

Korang mesti kenal kan di mana lokasi yang tertera pada gambar di atas??? Apa yang menarik sedang dilakukan tu?? Yeah!!! Jom ikuti kisah seterusnya bersama otomen membuat liputan menarik di sini.

Pada tanggal 22 & 23 April lalu bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka telah diadakan satu aktiviti Relay for Life Melaka 2017. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat setia kawan antara satu sama lain dalam membantu memerangi penyakit kanser dikalangan pesakit-pesakit yang alaminya.

Relay for Life ini ditubuhkan di Amerika Syarikat dan kini telah diadakan lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia. Menyedari hakikat ini, pihak NGO, National Cancer Society of Malaysia (NCSM) berusaha keras untuk menjayakan aktiviti ini bagi menarik lebih ramai golongan masyarakat terutama muda-mudi dalam membantu orang-orang yang sedang memerangi kanser. Kanser adalah pembunuh kedua selepas penyakit jantung di Malaysia.

Peserta secara berkumpulan yang telah berdaftar akan berkhemah satu malam dan akan bergilir-gilir menjalankan aktiviti sepanjang malam berjalan kaki selama 16jam di sekitar trek yang disediakan. Aktiviti tersebut bermula pada jam 6.00petang dan tamat pada 10.00pagi keesokan harinya.

Hari ini, kita tahu yang pesakit kanser ini perlu diberi sokongan padu untuk mereka meneruskan kehidupan. Relay for Life Melaka 2017 telah memberikan satu pengalaman yang boleh mengubah hidup masyarakat dari seluruh dunia untuk meraikan kehidupan pesakit kanser yang telah berusaha dan berjaya memerangi kanser.

Kewujudan Relay for Life ini memberikan aspirasi kehidupan buat pesakit kanser untuk turut sama tersenyum kembali. Dalam acara tersebut, kutipan dana yang telah diperolehi disalurkan kepada hospital-hospital seluruh negara bagi membekalkan peralatan dan ubat-ubatan yang cukup buat pesakit kanser.

Setiap ringgit yang diperoleh, setiap pusingan yang telah selesai adalah salah satu langkah lebih dekat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang mana tidak perlu takut akan kanser.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.relayforlifemalaysia.com

Facebook: www.facebook.com/relayforlifemelaka

Website NCSM: www.cancer.org.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: