TRANSFORMERS Midnight Madness di Mid Valley Megamall

Yeah!!! Buat peminat TRANSFORMERS pasti tertunggu-tunggu kemunculan ini. Berita baik buat anda yang tergila-gila dengan merchandise TRANSFORMERS bersempena filem terbaru TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT yang akan ditayangkan pada bulan Jun ini. Otomen berkesempatan pergi melihat sendiri pelancaran program merchandise TRANSFORMERS Midnight Madness anjuran Hasbro Toy (Malaysia).

Tepat jam 12.00 tengah malam pada 28 April 2017 telah berlangsung satu aktiviti Transformers Midnight Madness di Mid Valley Megamall bagi pelancaran merchandise terbaru TRANSFORMERS di outlet Toy ‘R’ Us. Pelancaran ini menawarkan kepada peminat TRANSFORMERS edisi terhad ‘Deluxe and Voyager class figures‘ sebagai hadiah istimewa untuk setiap pembelian merchandise TRANSFORMERS yang baru.

Sekitar jam 10.00 malam sudah pun bermula dengan aktiviti ‘Meet & Greet’ kepada semua peminat dan rakan bloggers yang hadir. Antara aktiviti menarik yang telah diadakan adalah ‘Facebook Photo Pose’ di mana setiap peserta yang masuk dikehendaki menggayakan aksi Optimus Prime yang paling kreatif. Otomen dan LeYa juga berkesempatan untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Malangnya, bukan rezeki otomen untuk memenanginya.

Terdapat 10 peserta dengan gambar paling menarik telah berjaya memenangi salah satu merchandise TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT. Kemudian, disusuli dengan aktiviti Toys ‘R’ Us Facebook Live di mana ia merupakan sesi interaksi ‘on the spot’ bersama pengunjung. Banyak hadiah menarik dan lumayan buat peminat tegar TRANSFORMERS  yang menyertainya.

Peminat berpusu-pusu menunggu di pintu outlet Toys ‘R’ Us untuk medapatkan pembelian merchandise Transformers secara eksklusif dan pelbagai bentuk dan saiz yang berada di dalam outlet tersebut. Kelihatan seperti tidak sabar mereka menunggu detik jam 12.00 tengah malam. Antara yang menjadi rebutan ramai pastinya Optimus Prime, Bumblebee dan lain-lain seperti Autobot. Selain itu, terdapat juga peralatan tulis, kasut dan beg yang menarik untuk dibawa pulang bersama.

Pelancaran merchandise TRANSFORMERS ini diinspirasikan daripada filem terbaru TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT yang mana filem tersebut merangkumi program kicked-off REVEAL YOUR SHIELD di seluruh dunia pada 25 April di saluran media digital dan social TRANSFORMERS dengan setiap kandungannya eksklusif diilhamkan oleh TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT termasuk video yang menampilkan watak baru, BARRICADE.

Selain itu, anda akan dapat satu kejutan yang bakal muncul di laman web dan aplikasi TRANSFORMERS: THE LAST KNIGHT yang mana anda akan dapat nikmati permainan video dan aktiviti baru sehingga filem tersebut ditayangkan nanti.  Oleh itu, bagi yang tidak ingin ketinggalan dalam aktiviti TRANSFORMERS ini, bolehlah anda layari maklumat yang tertera seperti di bawah:

Website: www.transformers.com

Facebook Page: www.facebook.com/Transformers

Instagram: www.instagram.com/TRANSFORMERSOFFICIAL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s