Pelancaran RiSES Perfumes ‘Bayang by Khai Bahar’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan juga kepada rakan-rakan blogger sekalian.

RiSES Perfumes telah memperkenalkan wangian terbaharu ‘Bayang oleh Khai Bahar’ yang menampilkan Khai Bahar sendiri sebagai dutanya. Wangian tersebut merupakan edisi terhad edaran RiSES Perfumes dan boleh digunakan oleh semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita.

RiSES Perfumes perkenal Bayang oleh Khai Bahar

Baru-baru ini, pada 03 Mei 2017 bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, Otomen dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Wangian ‘Bayang oleh Khai Bahar’. Aroma ‘Bayang’ ini terhasil daripada inspirasi remaja masa kini dan ianya dicipta khas untuk mendekati para peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia dan Indonesia.

Antara kriteri yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personality penyanyi itu sendiri yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang sangat bersesuaian dengan ‘Bayang’.

Pemilihan nama wangian ‘Bayang’ itu sendiri adalah rentetan dari single pertama beliau. Sebelum dilancarkan, RiSES Perfumes telah menerima maklum balas yang memberangsangkan berdasarkan permintaan dan saranan peminat beliau melalui akaun Facebook dan Instagramnya.

‘Bayang oleh Khai Bahar’ merupakan alternative kepada penggemar minyak wangi halal yang dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari JAKIM. Ia memberikan ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam. Penghasilan wangian ‘Bayang’ ini dipastikan agar ia mematuhi keperluan syariah di mana ia tidak mengandungi alkohol. Wangian ‘Bayang’ kekal selamat untuk kulit manusia serta sangat sesuai untuk dibawa menunaikan solat.

Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfume, Ahmad Shauqi Abd Wahab menyatakan misi dalam penghasilan wangian adalah halal dan tahan lama. Menurut beliau lagi, penghasilan wangian ‘Bayang’ menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik. Pemilihan Khai Bahar sebagai dutanya juga adalah symbol ke arah kehidupan yang aktif untuk dijadikan inspirasi kepada seluruh peminatnya.

RiSES Perfumes juga akan berada di Jakarta bersama-sama Khai Bahar bermula 15 Mei 2017 sehingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai dan seterusnya mempromosikan wangian ‘Bayang’ beserta jenama-jenama lain keluaran RiSES. Kolaborasi antara RiSES dan Khai Bahar akan dapat memantapkan lagi jenama wangian RiSES ke pasaran antarabangsa seperti Indonesia.

Wangian edisi terhad RiSES Perfumes ini boleh didapati di dalam bentuk 30ml EDP yang berharga RM90. Manakala wangian ekslusif RiSES Perfumes yang lain berharga RM65 dan boleh didapati di pasaran tidak lama lagi.

Peminat dan pengguna RISES Perfumes boleh membuat pesanan untuk memiliki ‘Bayang’ oleh Khai Bahar Edisi Terhad mulai sekarang melalui:

 

Website:  www.myrises.com.my

Instagram : www.instagram.com/rises_official

Facebook :  https://www.facebook.com/risesofficial/

Advertisements

One thought on “Pelancaran RiSES Perfumes ‘Bayang by Khai Bahar’

  1. Alhamdulillah… Tahniah sayang, my lovely husband.. USaha kita dari bawah sama2, Inshaa Allah membuah kan hasil.. Sikit2 rezeki dari event yang kita pergi kite dah merasai kesenangannya.. Terima kasih Allah kerana memberi kami rezeki seperti ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s