Memperkasa Pengalaman Permotoran di Malaysian Supermoto Championship 2017

Baru-baru ini, otomen telah dimaklumkan, Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur akan berlangsung satu program perlumbaan motosikal di Kejohanan Malaysian Supermoto Championship 2017 (MSMC) pada 05 dan 06 Mei 2017.

Majlis telah berlangsung selama 2 hari. Pada hari pertama merupakan Majlis Pelancaran MSMC 2017 dan demo pertunjukan motosikal dari peserta-peserta yang telah turut serta.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Seramai 70 peserta SuperMoto dari negara telah mengambil bahagian dalam litar perlumbaan 1KM bagi mendapatkan jumlah mata tertinggi di Kejohanan Pusingan 2 di bawah 5 kelas iaitu SM Open, SM Novice, SM CKD Open, SM CKD dan SM Veteran. Pesaing negara, Muhammad Ibrahim Norrodin, adik kepada pelumba motosikal Grand Prix Malaysia Muhamad Adam Norrodin, juara FIM Asia Supermoto Championship Muhd Habibullah Salleh (Gabit) dan Khairy Zakaria.

Perlumbaan Malaysian Supermoto Championship 2017 (MSMC)

Perlumbaan MSMC 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad keesokannya. Minat otomen dalam motosikal memang tidak dapat dinafikan. Otomen rasa seronok dapat menonton dalam kalangan ribuan penonton yang hadir ke situ. Bahang panas dan terik matahari tidak mematahkan semangat otomen untuk menyaksikan perlumbaan itu.

Muhamad Habibullah bin Mohd Salleh (Gabit) yang berasal dari Negeri Selangor telah berjaya menjadi juara dalam Pusingan 2 Malaysian Supermoto Championship 2017.  Persembahan yang sungguh menakjubkan di hadapan ribuan penonton dan 70 peserta SuperMoto dalam menghabiskan 800 meter perlumbaan trek dengan pantas sekali.

Satu keajaiban dan kebanggaan buat negara. Gabit, Mohamad Khairy Zakaria (Hairy) dan Mohamad Khuzaini bin Mahmood telah memenuhi tiga podium tempat teratas bagi kategori profesional Kelas SM Open. Hadiah dan trofi telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Rizalman bin Dato ‘Mokhtar, Penasihat Ahli Lembaga Pengarah Kuala Lumpur. Oleh itu, dengan kemenangan mereka dari Kelas SM Open telah melayakkan secara automatik ke salah satu acara sukan permotoran pada akan datang, FIM Asia Supermoto Championship 2017.

Persaingan sengit antara Gabit dan Hairy. Kedua-dua pelumba ini menunjukkan skill dan pengalaman masing-masing dalam merebut kejuaraan. Menunggang dalam keadaan pergelangan tangan Gabit yang cedera, tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perlumbaan di Moto 1.

Dalam perlawanan di Moto 2 pula, Gabit kelihatan lebih tangkas lagi dengan motosikal KTM nya. Beliau telah menunjukkan kelajuan maksimum yang sangat luar biasa dan hampir tergelincir di beberapa landasan di bahagian off-road. Namun, dengan skill dan pengalamannya yang luas, beliau telah menjarakkan jurang antara Hairy dan sekaligus menjuarai perlumbaan tersebut.

Bintang baharu yang sedang melonjak naik, Ahmad Daniel Haiqal juga telah menunjukkan bakat dalam acara Kelas SM Novice dan meraih kejayaan di tempat juara. Pelumba berusia 18 tahun ini muncul juga sebagai tempat kedua (Naib Juara) dalam SM CKD dan tempat keempat dalam SM Open.

“Saya amat gembira dengan keputusan saya hari ini. Penyertaan dalam 3 kategori akan meluaskan lagi kemahiran saya dalam sukan bermotor. Saya juga akan meneroka ke dalam sukan lain untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan dalam industri sebelum menceburi niche saya.”

Keputusan Perlumbaan MSMC 2017 (Kategori SM Open)


Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Malaysian SuperMoto Championship (MSMC) atau Instagram at @malaysiansupermotochampionship.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s