Pelancaran Wangian Papahug & Mamakiss by ShidieSahaq

Leave a comment

11/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Menerajui bidang trend masa kini, PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ mendapat tempat dalam kalangan pengguna masa kini yang inginkan wangian mudah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Saudara Shidie Sahaq merupakan usahawan tempatan yang mula menapak sekitar tahun 2014 dan telah mengeluarkan wangian by Shidie Sahaq, produk sulung syarikat milik beliau, Shidierich Global Enterprise. PAPAHUG & MAMAKISS by Shidie Sahaq ini adalah produk wangian keluaran bumiputera dari beliau.

Pada petang Sabtu, 06 Mei 2017 bertempat di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Pelancaran PAPAHUG & MAMAKISS BY SHIDIESAHAQ. Pelancaran tersebut telah memperkenalkan wangian terbaru ini serta turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan selebriti undangan yang turut menggunakan wangian PAPAHUG dan MAMAKISS.

Wangian PAPAHUG adalah berinspirasikan buat wangian kaum adam manakala wangian MAMAKISS adalah berinspirasikan wangian kaum hawa. Kedua-dua wangian ini terdapat kualiti EDP iaitu dengan kepekatan sehingga 65% – 75% menjadikan perfume inspired ini lebih pekat dari perfume lain yang ada di pasaran. Perfume oil ini juga diimport dari France, Swiss dan Germany dan oleh sebab itulah kualiti standard nya seperti perfume original yang terdapat di kompleks membeli belah.

Selaras dengan percaturan pasaran semasa, produk wangian by shidiesahaq ini juga telah berkolaborasi dengan beberapa artis dan selebriti tempatan dan diberikan secara percuma wangian PAPAHUG & MAMAKISS dan dengan rela hati mereka telah membuat liputan di instagram memuji wangian by Shidie Sahaq ini. Antara artis yang telah mencuba wangian ini adalah Azhar AF (bekas anggota Azhael), Taufik Ola Bola, Syura Badron dan Lan Kristal.

Di majlis pelancaran juga turut memperkenalkan Hijabers Spray buat pengguna wanita terutama kepada yang bertudung.

 Antara wangian yang sedang hangat di pasaran adalah seperti:-

  1. Dunhill Desire Red
  2. Dunhill Desire Blue
  3. One Million
  4. 212Sexy
  5. Jadore
  6. Forbidden Rose
  7. Be Delicious
  8. Midnight Fantasy
  9. Purr
  10. Bombshell
  11. Gucci Flora
  12. Hugo Boss Red

Pihak syarikat Shidierich Global Enterprise juga telah berbesar hati menaja beberapa program dan aktiviti melibatkan artis tempatan seperti menaja sepenuhnya pembikinan video klip single terbaru penyanyi Linda Eva berjudul Bulan Rindu. Pihak syarikat juga turut menaja aktiviti sukan selebriti tempatan bersama organisasi korporat.

Kerjasama antara pihak syarikat ini dan selebriti tempatan sedikit sebanyak meletakkan produk wangian PAPAHUG dan MAMAKISS lebih dikenali di platform media sosial seperti di instagram dengan lebih 11,000 pengikut sehingga ke hari ini dan jumpah pengikut semakin meningkat dari hari ke sehari. Ini merupakan kerjasama positif di antara syarikat wangian dalam dunia seni tempatan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk PAPAHUG dan MAMAKISS by Shidiesahaq ini, bolehlah berhubung dengan pihak syarikat Shidierich Global Enterprise seperti:-

 

Shidierich Global Enterprise

311, Block 3 Jalan Tepian 8/1

Seksyen 8

40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 019-2978724 / 016-9601297

Email: mamahugpapakiss@gmail.com

 

Bagi yang berminat juga boleh layari laman media sosial seperti:-

Instagram: @byshidiesahaq

Facebook: Papahug Mamakiss

Website: http://shidiesahaqperfume.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: