Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Streat Thai The School, Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian. Hari ni otomen nak bawak anda ke satu lokasi makan ala Thai di Petaling Jaya. Korang yang penggemar atau pencinta masakan Thai pasti tergila-gila nak tahu kan. Okay…jom tengok apa yang menarik yang ada di sini.

Pada 10 Mei 2017, Otomen diberi peluang untuk menghadiri PREVIEW BUFFET RAMADHAN di Streat Thai, The School, Petaling Jaya. Lokasi yang sangat mudah untuk korang mencarinya kerana hanya terletak di bahagian luar dan di hujung sekali.

Menu-menu buffet Ramadhan yang disajikan di Streat Thai pada tahun ini merupakan menu ala Thai yang sungguh sedap dan menyelerakan. Kepakaran Restoran Streat Thai dalam menu masakan Thai terbukti dengan menghasilkan beberapa menu popular masyarakat Siam yang gemarkan masam-masam dalam masakan.

Antara desserts yang disediakan di sini. Mango Sticky Rice atau lebih dikenali dengan Pulut Mangga, Sangkhaya Pumpkin dan Red Ruby yang sempat otomen rasa. Okay guys! Memang superb habis rasa dia. Duk menulis entry ni pun rasa terliur bila teringatkan pulut manga tuh. Perghhh…. memang rugi lah kalau korang tak ke sini Ramadhan ni. Hehehe

Tu Dia!!! Mai dah Tomyam putih yang disukai ramai. Rasa yang ummpphhh… Adeh! Lapar pulak tengok nya. Bertabah betul nak menyiapkan entry ni. Perut dah berkeroncong lapar dek tengok gambar-gambar makanan yang diambil ketika tu. Aneka sup yang boleh korang pilih mengikut citarasa korang.

Dah tentu la korang akan rasa takde tenaga bila seharian berpuasa kan. Bagi yang jenis suka dan inginkan nasi, pelbagai hidangan lauk juga ada dihidangkan. Lebih dari 10 jenis lauk korang boleh nikmatinya. Ha! Best giler kan! Banyak giler weyy..

Banyak kan pilihan menu untuk korang buat pilihan di Buffet Ramadhan di Streat Thai kali ini. Korang memang akan puas hati la bila dapat nikmati hidangan makanan Thai di sini. Otomen memang rekemen la korang datang ke sini sebab suasananya juga cukup selesa dan tak serabut.

Buffet Ramadhan Streat Thai 2017

Price:

Promotion Start Booking 7 Days in Advance: RM39.90++

Normal Price: RM49.90++ (Children 6 to 12 RM19.90++)

 

Address:

(Jaya One) 100-G.001 The School

No. 72A Jalan Universiti, Petaling Jaya, 46200 Selangor.

 

Social Media:

Facebook: http://www.facebook.com/streatthai

Instagram: http://www.instagram.com/streatthai

Website: http://eatatstreat.com

 

Reservations:

+603-7496-1297

4 thoughts on “Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Streat Thai The School, Petaling Jaya

  1. Rosliza says:

    Terima kasih atas perkongsian maklumat selera thai…..mmg berbaloi….suka tengok anak dan suami makan…kat restoran ni…mmg tak sesak….suasana relax……

Leave a reply to ZoL aka Otomen Taro Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.