Showcase Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor

Leave a comment

12/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Tepat jam 8.45malam hari Ahad 07 Mei 2017, Otomen berpeluang menghadirkan diri ke Showcase 2 jiwa 1 hati di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC Tourism Malaysia, Kuala Lumpur yang mana telah berlangsung Showcase Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Sandra Mentor. Showcase ini telah berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat 05 Mei sehingga Ahad 07 Mei. Otomen berkesempatan ke showcase tersebut di malam akhir di mana ia dikatakan majlis yang sangat gilang gemilang dengan sorakan dari para penonton yang sporting pada malam itu.

Antara tetamu yang hadir pada malam itu

Seperti di kebanyakan acara atau program, sudah semestinya akan ada seorang Pengacara Majlis atau MC. Pada malam itu, Wak Doyok telah mempengerusikan majlis dengan jayanya. Artis pertama yang akan membuat persembahan adalah Sufian Suhaimi dengan nyanyian pertama beliau ialah dari single kedua beliau sendiri yang berjudul ‘Harus Aku‘. Sufian telah menyanyikan 4 buah lagu. Dan salah satunya aalah single pertama beliau yang membawa beliau dikenali dalam dunia hiburan ini iaitu ‘Terakhir’.

Okay…actually ni first otomen kenal siapa itu Sandra. Hehehe… Almaklumlah ramai sangat retis kat Malaysia ni. And otomen nak cakap nice juga suara nya. Ade juga dinyanyikan single pertama beliau tapi otomen tak berapa nak ingat tajuknya. Yang penting happening..

Inilah yang dinanti-nantikan. Muncul sahaja Aiman Tino di pentas, peminat Aiman sudah bersorak lebih-lebih lagi kanak-kanak yang memang sinonim peminat Aiman di kalangan kanak-kanak. Dua buah lagu beliau turut dinyanyikan pada malam itu iaitu ‘Kurela Dibenci‘ dan ‘Permata Cinta‘.

Sufian dan Aiman juga memberi ruang dan peluang kepada peminat untuk menyanyi bersama mereka di atas pentas.

 

Trademark Otomen Taro Semakin Dikenali

Trademark Otomen Taro semakin berleluasa bersama rakan artis sebagai mempromosikan Blog Lifestyle Otomen Taro lebih dikenali. Alhamdulillah… otomen dapat di kalangan mereka semuanya sporting dan memang best.

Bersama peminat cilik dari Manchester yang juga berasal dari Brunei

Bersama keluarga Aiman Tino, Ayah dan Ibu serta kakak Aiman, Farah Hezel. Farah Hezel sudah pun mengeluarkan single pertama beliau yang berjudul ‘Setiaku Pasti‘ dan kalau korang nak dengar, boleh pergi ke Youtube.

Siapa tak kenal penyanyi lagenda ini? Abang kumpulan Samudera juga turut hadir untuk memberi sokongan kepada penyanyi muda dan baru pada malam itu.

Rakan-rakan blogger yang turut hadir pada malam itu bergambar bersama Ibu Aiman Tino

At last otomen memang terhibur dengan persembahan. Persembahan dari 3 artis muda yang bertenaga dan berbakat serta hormat dan baik hati antara satu sama lain ini membuatkan lebih ramai lagi suka untuk menontonnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: