Buffet Ramadhan ala Western di The Chef Cafe, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Marhaban Ya Ramadhan! Terasa sekejap saja masa berlalu kan. Dah nak masuk bulan puasa semula.

Okay, kali ni otomen nak bawak korang semua ke suatu lokasi menarik untuk berbuka puasa nanti, tak kiralah bersama keluarga mahupun rakan taulan. Lokasi yang cukup selesa otomen boleh katakan. Korang pasti puas hati dengan pilihan lokasi ini.

Pada 11 Mei 2017 yang lalu, otomen telah menghadiri satu PREVIEW BUFFET RAMADHAN DI THE CHEF CAFE, SHAH ALAM. Menariknya di sini, otomen rasa betul-betul selesa dengan kedudukan restorannya di hujung deretan kedai. Jadi, tiada gangguan dari lain-lain.

Bertemakan “Hikayat 1001 Rasa“, The Chef Cafe akan memulakan operasi buffet Ramadhan pada 28 Mei sehingga 23 Jun 2017. Dan korang akan dapat nikmati pelbagai menu sajian utama, Western serta pencuci mulut dengan bayaran serendah RM49.90 untuk dewasa dan RM24.90 untuk kanak-kanak.

Apa yang menarik tentang “Hikayat 1001 Rasa” ni?

Hikayat 1001 Rasa” menampilkan sajian dari hasil air tangan Chef Noor Muhammad Aliff yang sememangnya pakar dalam penyediaan sajian Melayu Selatan. Antara menu utama yang akan disajikan nanti adalah Asam Pedas Johor, Masak Lemak Perut & Rebung, Daging Masak Hitam, Masak Lemak Keli Salai, Sambal Goreng Jawa, Rendang Ayam/Daging, Ikan Masak Taucu, Peria Goreng Telur dan pelbagai lagi jenis masakan Melayu serta ulam-ulaman.

Selain daripad itu, di sini juga ada menyediakan makanan ala Barat bagi memberi variasi kepada menu berbuka puasa “Hikayat 1001 Rasa“. Beef/Mushroom Lasagna, Honey Chicken Wing, Black Pepper Beef, Baked Mix Vege, Lamb Stew dan House Salad adalah antara menu ala Barat yang tersenarai pada buffet Ramadhan tahun ini.

Menariknya di The Chef Cafe, korang akan dapat nikmati hampir 50 menu yang akan dipersembahkan secara rotation pada setiap hari. WoW!!! Memang lapar terus otomen dengar begitu banyak menu yang akan dihidangkan ni. Setiap hari akan menampilkan juadah yang berbeza.

Selain itu, di The Chef Cafe juga ada menyediakan kambing golek yang merupakan menu wajib sebagai pelengkap kepada menu berbuka puasa. Iftar Ramadhan ‘Hikayat 1001 Rasa‘ juga turut menyediakan hidangan berkonsepkan “stall” bagi kelihatan lebih meriah lagi. Ayam Tempayan, Mongolian Grill, Pasta, Bubur Nasi dengan Sambal Hiris Cepo/Kentang, Laksa Tempoyak dan juga ABC adalah menu makanan yang bakal dinanti-nanti.

Bagi mengakhiri sesi iftar anda nanti, pelbagai pencuci mulut seperti aneka kuih-muih Melayu tempatan, kek, tart dan ABC bakal menyempurnakan lagi sajian berbuka puasa di The Chef Café.

Sebarang maklumat tempahan, bolehlah hubungi

The Chef Café

43 Business Park 1 Seksyen 31,

Persiaran Anggerik Vanilla,

Kota Kemuning,

40460 Shah Alam, Selangor.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s