Dream Car Expo 2017 di MidValley Memang Best

Leave a comment

16/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog lifestyle otomen taro dan juga rakan-rakan blogger sekalian. Bercakap tentang Expo Kereta pasti sangat mengujakan buat peminat-peminat kereta untuk tahu lebih lanjut.

Otomen pada 13 Mei 2017 yang lalu telah berkesempatan menghadiri Dream Car Expo 2017 di MidValley Exhibition Hall 2 & 3 anjuran Golden Land Expo (M) Sdn Bhd. Menariknya di sini, korang akan dibawa melihat tapak expo dengan pelbagai kereta mewah dan berteknologi tinggi serta pameran-pameran lain seperti motorsikal berkuasa tinggi, booth-booth jualan, alatganti kereta, perfume kereta, aksesori kereta, basikal dan banyak lagi.

Sebelum memulakan pengembaraan ke dunia expo, para pengunjung perlulah mendaftarkan diri dahulu di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan sekeping kad yang mana perlu mendapatkan 5 cop dari setiap Pit Stop yang disediakan. Setelah selesai kesemua 5 tugasan tersebut, barulah para pengunjung akan diberi sedikit cenderahati berupa goodies bag berisi barangan keperluan harian kita.

Selain dari pameran-pameran yang disediakan, korang juga berpeluang untuk membuat semakan status saman dan boleh terus membayarnya di Hall 2, Booth 37. Wah!!! Ini betul-betul memudahkan kepada pengunjung yang hadir.

Nak lagi best?? Korang yang hadir ke Dream Car Expo ni dengan perkhidmatan UBER juga diberi diskaun sebanyak RM20 untuk pergi dan balik. Perghhh!!! Best la korang kan yang datang dengan kenderaan awam UBER ni. Hehehe… Otomen drive sendiri. Tak dapat la nak claim balik.. Wakakaka…

Memang otomen nak cakapkan tersangat meriah dan happening Dream Car Expo kali ini. Owh Ye!!! Lupa nak perkenalkan. Sepanjang pengembaraan otomen ke dunia Dream Car Expo ni, orang yang bertanggungjawab dan bertindak sebagai Tour Guide adalah Mr. Melvin. Beliau membawa otomen dan rakan-rakan blogger yang berjalan keliling kawasan expo.

Dah penat berjalan, kami diberi ruang untuk berehat dan menikmati makan tengah hari. Di sini juga kami berkesempatan untuk berselfie dan bergambar bersama. Yang buat otomen teruja dan terkujut adalah Sijil Penghargaan kepada kami semua, blogger-blogger yang telah hadir ke Expo tersebut. Inilah satu-satunya event di mana otomen diberi sijil penghargaan untuk dibawa pulang. Memang betul-betul bersemangat untuk meneruskan kerjaya blogger.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara yang diadakan berkenaan Dream Car Expo dan lain-lain, bolehlah layari seperti yang tertera di bawah:-

Facebook | https://www.facebook.com/dreamcarexpo/
 
Instagram | https://www.instagram.com/dreamcarexpo
 
Website | www.goldenland.com.my
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: