Simon Yam Kenalkan Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO

Leave a comment

17/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Hari Ibu merupakan hari yang sangat bermakna kerana ibu adalah guru pertama dan utama  bagi anak-anak sejak dari awal kehidupan. Tiada satu perkataan yang mampu menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap keluarganya dan masyarakat.

Sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2017 yang lalu telah membawa Otomen dalam menghadiri satu aktiviti bersama GINTELL di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya. Sempena Hari Ibu tersebut, pelakon terkenal dari Hong Kong, Simon Yam telah membuat penampilan khas memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO sebagai hadiah kepada ibu tersayang buat para peminat dan pelanggan GINTELL yang bersama-sama menyambut hari penuh bermakna itu.

Menurut Simon Yam, “Sebagai seorang anak, mengambil beerat kesihatan ibu dan menjaga kehidupan seharian mereka adalah sangat penting. Bersempena dengan Hari Ibu ini, kini saatnya untuk menghadiahi ibu sebuah kerusi urut yang dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!”

Pada masa kini ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri.

Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai serta memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari.

Apa yang menarik tentang Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO

Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO adalah sebuah kerusi yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa.

Kerusi Urut GINTELL De’ Space UFO menggunakan teknologi Aero V-Trek yang memberi urutan meliputu 45% lebih kawasan daripada kerusi urut yang biasa. Penggelek QUAD 3D direka bersesuaian dengan kontur dan bentuk badan setiap orang. Ia mengikuti setiap lengkungan tubuh bagi menyediakan urutan persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke peha.

Selain itu, 180 darjah Space Stretch adalah program konsep kiropraktik yang membantu melegakan tekanan dan ketegangan di tulang belakang dan badan. Selain daripada itu, 360 darjah menawarkan urutan yang lebih persisi untuk bahagian kaki mengikut keperluan setiap orang.

Kebahagian Berganda dengan Pakej Beli 1 Percuma 1 Sempena Hari Ibu Bapa

Bersempena  Hari Ibu Bapa, GINTELL menawarkan PAKEJ BELI 1 PERCUMA 1 dengan harga dari RM4,988. Jangan ketinggalan untuk mengunjungi lebih daripada 100 cawangan GINTELL mulai hari ini untuk  menikmati tawaran yang hebat ini!

Untuk maklumat lanjut mengenai produk GINTELL, boleh kunjungi mana-mana cawangan GINTELL di seluruh negara atau boleh juga hubungi maklumat seperti di bawah:-

Talian Khidmat Pelanggan 1800-88-6332
Facebook | GINTELL Malaysia
WeChat | GINTELL Malaysia
Website | www.gintell.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: