Makan Sedap di Restoran Onde-Onde Citta Mall

2

18/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Kali ini, otomen nak bawa pula korang ke satu lokasi atau tempat makan yang otomen rasakan sangat unik dan betul-betul puas hati bila sudah menikmati hidangannya. Pada 16 Mei 2017 lalu, Otomen dan LeYa sekali lagi diberi peluang untuk makan-makan sempena bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi ni. Lokasi yang dimaksudkan otomen itu ialah Restoran Onde-Onde di Citta Mall, Ara Damansara. Tengok nama je dah tahu kan. Pastinya sebuah restoran yang menyediakan makanan masakan Melayu.

Buat pertama kalinya Otomen menjejakkan kaki ke Citta Mall yang sangat besar ni. Boleh sesat ni kalau tak tahu arah tujuan. Hehehe… So… dipendekkan cerita, Otomen dan beberapa lagi rakan blogger yang turut sama hadir terus ke Restoran Onde-Onde tersebut untuk merasai makanan yang akan dihidangkan kepada kami.

Restoran Onde-Onde ni menyediakan pelbagai menu masakan Melayu, Barat dan juga terdapat pelbagai jenis kuih-muih Melayu seperti onde-onde, pisang gorang dan banyak lagi. Memang best la kan dapat makan kat sini.

Melangkah sahaja masuk ke ruang restoran. dapat otomen rasakan suasananya cukup santai dan selesa. Bukan itu sahaja, korang boleh pilih untuk berada di bahagian dalam ataupun di bahagian luar. Itu semua terpulang kepada diri kita sendiri. Memang tak dinafikan, Onde-Onde ni adalah sebuah restoran yang akan menyatukan kita sekeluarga di bulan Ramadhan ni. Gaya dan penampilan restorannya yang mengimbau nostalgia sewaktu ketika dahulu, penggunaan pinggan mangkuk dari barangan lama yang mana mungkin sukar untuk didapati kini serta kedudukannya yang agak santai untuk bersama keluarga atau rakan-rakan.

Tetiba tekak terasa haus bila masukkan gambar minuman sejuk ni.. Adeh!!

Hahahaha… Semakin menjadi2 otomen sekarang. Tapi tak jugak gemok

Aduusss…. lagi buat otomen betul2 kecur air liur tengok minuman sejuk di tengah panas2 ni.. Huhuhu…

Set hidangan yang perlu kitorang habiskan.. Hahaha

Apa macam?? Ade macam Chef x? Hahahahaha

Nampak sangat otomen dah kebulur tu… Tak sabar2 nak makan.. Kehkehkeh…

Alaaa…. Rupanya otomen sorang je hero dalam ini cerita.. Kesian otomen kan.. huhuhuhu…

So…. overall otomen nak bagitahu korang, kalau ade kesempatan singgahlah ke Onde-Onde ni sebab memang best dan selesa bila menikmati makan di sini. Paling win, menu Curry Laksa Seafood die. Memang terangkat superb weyyyhh… Rugi kalau korang tak cuba.

Bulan Ramadhan ni tinggal seminggu lebih je lagi kan. So… cepat2 lah book tarikh untuk ke Restoran Onde-Onde ni. Nanti melepas pulak kan kalau tak merasa menu Buffet Ramadhannya.

Yang mana nak singgah bolehlah follow alamat di bawah ni ye:-

Alamat:-

Onde-Onde Restaurant
G-49, Ground Floor, CITTA MALL,
No. 1, Jalan PJU 1A/48 Jalan PJU 1,
Ara Damansara.
GPS: 3.112670, 101.578494
(ikut jalan nak ke Subang Airport, nanti nampaklah Citta Mall sebelah kanan)
Website | http://www.ondeonde.com.my/
Facebook | Onde-Onde Restaurant
Advertisements

2 thoughts on “Makan Sedap di Restoran Onde-Onde Citta Mall

  1. orang utara says:

    jalan-jalan cari makan..syok ni

  2. […] tu otomen ada cerita kan makan sedap di Restoran Onde-Onde, Citta Mall. Kali ni, sempena dah puasa 3 hari ni, otomen nak bawak korang semua jalan-jalan lagi kat […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: