Satu Dunia, Satu Simkad

Leave a comment

19/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian.

18 Mei 2017, satu Majlis Pelancaran m8 World Sim diadakan di TPC Kuala Lumpur atau dikenali juga sebagai Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) oleh syarikat Enabling Asia Tech Sdn Bhd (EA).

m8 World Sim ini adalah Mobile Virtual Network Aggregator (MVNA) yang membolehkan korang yang suka travel tak perlu lagi beli sim kad di setiap negara dengan harga yang mahal. Enabling Asia telah memperkenalkan “SimCard Prepaid” yang dinamakan Buzzme World SimCard khas buat mereka yang suka ke luar negara untuk urusan perniagaan dan melancong.

ONE REGION, ONE BRAND – Visi syarikat EA. Selari dengan kemudahan yang AirAsia keluar “NOW EVERYONE CAN FLY”, beliau mengambil peluang ini untuk turut menambaik peluang untuk melancong kepada semua orang.

Terdapat 5 negara Asia yang terpilih untuk fasa pertama iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipna dan Mynamar. Menariknya lagi, mereka mengetengahkan model penjimatan MVNA & Mobile Virtual Network Operator (MVNO). Selain itu, U Mobile juga turut terlibat dalam menjayakan simcard ini serta syarikat dari Taiwan, Taisys Technologies Co Ltd.

Owh Ye!!! Lupa pulak otomen nak bagitahu harga simkad ni kan.. Hehehe

Kalau korang nak tahu harga untuk “Starterpack Simcard” ini dijual dengan harga RM99 (Nilai RM50) dan korang boleh tambah nilai ikut penggunaan korang. Yang bestnye tak perlu takut kalau terlebih guna sebab ianya kan prepaid je..

Kat mana nak dapatkan simkad ni?

Korang boleh beli terus secara online melalui www.m8.com.my ataupun mana-mana kedai 7 Eleven & E-Pay (Touch Point).

Kelebihan Menggunakan SimCard Buzzme World
  1. Tempoh sah sehingga 1 tahun
  2. Tawaran 20% baki kredit yang tinggal jika tidak digunakan internet sepenuhnya
  3. Internet Roaming TANPA HAD
  4. Tambah nilai menggunakan sistem atas talian (Website / E-Pay)
  5. Menawarkan Insurans PA (Kemalangan Peribadi) bernilai sehingga RM100,000
  6. Tak perlu beratur / tercari-cari simkad di luar negara lagi dah.
Cara Mudah Untuk Menggunakan SimCard Buzzme World Staterpack

1- [Permulaan]
Masukkan simcard “Buzzme” kedalam hand-phone anda , connect ke Wi-Fi dan muat-turun (Download) applikasi (Apps) – M8 World SIM

2- [Log Masuk]
Masuk dengan gunakan No.Tel dan katalaluan yang tertera diatas simcard. Lantas daftarkan butiran peribadi seperti diminta. Tunggu sehingga dapat SMS & Email lepas tu

3- [Sebelum Penerbangan]
Anda boleh subcribe plan mengikut negara & Bayar gunakan kad (Visa/Mastercard/E-pay). Selepas terima Sms/Email , anda akan menerima nombor baru mengikut negara tersebut. Menarik kan? Beli nombor SIAP

4- [Tiba Ke Destinasi]
Boleh Logmasuk dekat applikasi(Apps) dan pilih number yang anda telah terima sebelum ini & boleh terus gunakan internet dari nombor tersebut. Senang & tidak perlu cari simcard baru di airport (Beratur dan cas internet yang agak mahal)

5- [Pulang ke Malaysia- Negara asal]
Log masuk semula ke applikasi tersebut & pilih nombor telefon asal anda. Settle.

Credit To: Fadzil yg menang beg travel color pink. Hehehe…

Wah!!! Excited betul otomen bila menang cabutan bertuah. Alhamdulillah… murah rezeki. Dapat beg travel color hijau. Ni memang senyum sampai ke telinga la Cik LeYa kite.. Hehehehe….

Untuk mengetahui lanjut tentang Simcard Buzzme World SIM Starterpack ini boleh ke
buzzme.com.my
– 011-3400 4400 (Hello Centre)
hello@buzzme.com.my (Email)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: