Hidangan Masakan Lebih Mudah Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker

Leave a comment

24/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Haiiiii3x… Otomen bersiaran lagi di pagi ini dalam blog lifestyle otomen taro yang masih baru lagi nak menapak di persada media sosial. Assalamualaikum semua rakan-rakan blogger dan pembaca setia otomen yg disayangi.

Pucuk dicita ulam mendatang. Dah nak puasa ni kan. Lepas tu Raya. Aha!!Pasti korang suka kan. Sebab?? Sebulan ni lah kita akan rasa lebih erat bersama keluarga menikmati hidangan makanan bersama-sama. Yang pasti, kaum hawa pasti sedang berkira-kira untuk memasak juadah apa yang best nanti… Hahaha

Usah risau! Usah gundah! Meh otomen perkenalkan sebuah periuk ajaib, Philips All-In-One Pressure Cooker yang akan membantu kaum-kaum wanita dalam masakan hidangan tradisional dan lain-lain secara mudah dan cepat. Best sangat ni taw!!

Apa yang korang nak tahu tentang periuk ni??

Okay lah… Okay lah… Otomen cuba la terangkan serba sedikit apa yang best dan menarik tentang periuk ni yang pasti akan membuatkan korang nak membelinya sekarang. Hehehe

Pelancaran Philips All-In-One Pressure Cooker Generasi Baru yang berlangsung pada 18 Mei 2017 lalu di Yellow Apron, Petaling Jaya menawarkan pengalaman memasak yang sangat hebat dan seronok kerana korang akan hanya mengambil masa 30 minit berbanding 4 jam di dapur gas.

Selain itu, ia mampu memasak cepat (saute), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan. Philips All-In-One Pressure Cooker membolehkan korang memasak lapan kali lebih cepat, dapat menjimatkan masa dan tenaga korang di dapur. Fungsi pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus pelbagai jenis hidangan daripada sup, risotto dan nasi kepada daging dan ayam itik selain membakar kek.

Pada bahagian dalam periuk Philips All-In-One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium yang sangat tahan lama serta menawarkan pengaliran haba secara menyeluruh dan menghasilkan masakan yang rata. Ia juga disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat.

Chef Marina Mustafa menggayakan periuk serbaguna Philips memasak Rendang dan Nasi Arab yang semerbak harum baunya membuatkan otomen lapar semula.. Hahahaha…

Chef Jovien dan Chef Ichiro beradu tenaga memasak hidangan sup dan kek bakar di dalam periuk Philips serbaguna. Pilihan memang sangat tepat jika korang memilikinya.

Ini pula kisah si Ruby.my, blogger otai yang kini lebih fokus kepada bidang masakan bersama keluarga. Puan Ruby kali ini menghidangkan masakan Acar buah yang sedap menerusi Philips All-In-One Pressure Cooker.

Aha!!! Ini Chef Otomen menunjukkan bakat menganyam ketupat. Korang jangan tak tahu otomen memang tahu menganyam taw.. Sejak bujang lagi otomen dah tolong mak otomen anyam ketupat jika menjelang raya.

Serbuan asap dari periuk Philips memberi keterujaan otomen untuk menikmati ketupat yang sedang dimasak. hehehe

Santai di anjung bersama model pembuat ketupat dan hasil beberapa ketupat yang dianyam otomen. Pergghhhh….power kan otomen… Di antara korang… Siapa yang tahu menganyam ketupat? Cuba komen di bawah bagitahu otomen. Hehehe

Okay lah… kalau korang berminat untuk memiliki Philips All-In-One Pressure Cooker ni, harganya adalah RM799. Korang boleh dapatkan di:-

Philips Brand Store Publika Shopping Gallery, KL

The Gardens Mid Valley, KL

Sutera Mall, JB

Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya & Penang

Lazada di http://www.lazada.com.my/philips-official-store/

 

Untuk informasi lanjut, boleh layari laman web seperti:-

http://www.philips.com.my/pressurecooker

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: