Dreamworld Playland Kini Dibuka di Starling Mall & IOI City Mall, Putrajaya

Leave a comment

25/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Tempat yang sangat menarik untuk bawa anak-anak lebih-lebih lagi di waktu musim cuti sekolah ni. Ditambah lagi dengan suhu Malaysia yang agak panas. Dreamworld Playland menghadiahkan kepada semua ibu bapa untuk bawa anak-anak yang berumur sehingga 12 tahun untuk bermain bersuka ria di sini.

Jangan lepaskan peluang yang bermula pada hari ini, 25 May 2017 untuk dapatkan promosi 3 hari dengan PEMBELIAN 1 PERCUMA 1 TIKET.

Dreamworld Playland adalah ruang permainan untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun yang mana ia sangat selesa, selamat dan sihat serta para ibu bapa juga boleh menemani anak-anak ketika mereka sedang bermain.

Dreamworld Playland mempunyai keluasan sehingga 6,000 kaki persegi yang bagi otomen cukup luas dan selesa untuk kanak-kanak yang datang untuk bermain. Dikatakan ia mampu memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak pada satu masa.

Best kan tengok suasana playland ni… Dah lah sejuk.. Zaman otomen kecik-kecik dulu takde pun macam ni.. Untungnya budak zaman sekarang. Huhuhuhu…. Okay lah… Otomen nak bawak siapa ye ke sini nanti. Sebab??? Anak belum ade rezeki lagi. Nampaknya kena lah bawak anak sedara otomen untuk dia seronok bermain di sini nanti. Hehehe..

Wahhh…. Tengok kat atas tu… banyak betul permainan. Memang menyeronokkan dan teruja sangat-sangat otomen nak pergi. Eh!! Siapa yang kanak-kanak ni?? Hahaha… Ape pun tak boleh otomen ni kan..

Melalui terowong, kanak-kanak akan memanjat setiap anak tangga tersebut dan turun gelongsor, berjalan semula meniti anak tangga di hadapan. Oppss!!! Mencabar tuh! Banyak lagi taw cabaran yang akan kanak-kanak tempuhi ketika bermain. Memang COOL dan menyeronokkan. Bertemakan SALJI, Dreamworld Playland adalah lokasi yang sangat menarik untuk bawa kanak-kanak.

Pakej Untuk PARTI!

  1. Pakej Penguin (Weekday) | RM 68
  2. Pakej Snowman (Weekend) | RM 78
  3. Pakej ini untuk 2 jam Bilik Parti, Kanak-kanak boleh bermain TANPA HAD. Ada juga disediakan makan minum serta kad jemputan.
  4. Yang menariknya,Maskot Eskimo akan menghiburkan kanak-kanak di situ.

Terdapat juga 6 bulan pas masuk untuk ke Dreamworld Playland dengan harga hanya RM 288 yang berjumlah RM 5,840.

  1. Dapat Cash Voucher RM288 untuk Birthday
  2. Diskaun 20% untuk servis Drop & Shop
  3. Jemputan istimewa ke Dreamworld
  4. Indoor Play Centre Events
  5. PERCUMA Buku Pass Dreamworld

Pakej di IOI City Mall, Putrajaya

Pakej di Starling Mall

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

IOI City Mall Address:

L2-16, Level 2, 

IOI City Mall, 

Lebuh IRC, 

lOl Resort City, 

62502 Putrajaya, 

Malaysia. 

Contact: 012-7029509 (Hazwan) 

The Starling Mall Address: 

S-202, The Starling Mall, 

No.6, Jalan SS 21/37, 

Damansara Uptown, 

47400 Petaling Jaya, Selangor. 

Contact: 012-7219509 (Yoong Fui) 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: