Shopping Raya dan Nikmati Hidangan Berbuka Puasa Di Citta Mall

1

29/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari tu otomen ada cerita kan makan sedap di Restoran Onde-Onde, Citta Mall. Kali ni, sempena dah puasa 3 hari ni, otomen nak bawak korang semua jalan-jalan lagi kat sini.

Okay…kali ni otomen nak bawak korang semua nikmati hidangan berbuka puasa dengan masakan Jepun. Haippp!!! Arigato gozaimas. Hahaha… Ape pun tak boleh otomen ni.

Restoran Iyakimono merupakan restoran yang menghidangkan masakan Jepun yang ada di Citta Mall. Menariknya di sini, korang tidak perlu susah-susah untuk mencarinya. Lokasinya berada di luar di bahagian bawah tanah. Masuk saje ke Citta Mall, tak perlu dah panjat tangga bagai. Hehehe



Menu Iyakimono yang dihidangkan ialah:

1.  Super value Set C (incl teppanyaki salmon, sanma, chicken, Takoyaki, salad,soup, rice and green tea for 2 and 3 pax).
2.  Grill Salmon Set
3.  Australia Slice Beef Udon
4.  Grill Squid
5.  Grill Yakitori
6.  Takoyaki Abalone
7.  Takoyaki Octopus
8.  Takoyaki Chicken Cheese
9.  Ice Peach Tea
10. Passion Fruit Drink

Otomen tak pandai nak berbicara lebih mengenai masakan Jepun ni. Dah terhidang depan mata, otomen bedal aje.. Tapi memang sedap sangat laa… Perut pun dah kenyang… So… apa lagi aktiviti otomen lepas tu..

Jeng…Jeng…Jeng… Naik ke tingkat 1, otomen singgah pula di Times Book Store. Nak musim raya ni, ramailah kaum ibu mencari-cari buku resipi kan. Hah!!! Apa lagi, jom la cepat3x serbu Times Bookstore di Citta Mall ni sekarang. Macam-macam jenis buku resepi ada taw.

Sudah-sudah la tu otomen wooyyy… Jom jalan-jalan ke tempat lain pulak. Okay kali ni otomen nak bawak korang ke tingkat 5.

 

Maju Home adalah lokasi pilihan buat semua lagi-lagi nak menjelang raya ni. Yelah kan… Raya nanti mesti nak rumah serba baru, cantik dan kemas. Tetamu yang datang ke rumah pun selesa je dengan keadaan rumah kita. So, otomen bawakan khas untuk korang semua Maju Home, satu kedai perabot yang cukup moden, elegan dan simple.

Dekorasi yang menampilkan gaya moden kontemporari memang sesuai sangat lah buat muda-mudi macam otomen yang nak menghias dalaman rumah cantik-cantik. Bukan setakat itu sahaja, dekorasi untuk ruang pejabat juga ada disediakan. Kot lah, ada di kalangan korang nak mood raya di pejabat. Hehehehe

Best kan!!! Cantik-cantik sangat. Otomen suka yang katil kat atas tuh. Ade duit nanti, otomen nak beli 1 la.. Ruang laci di bahagian bawah akan memberikan ruang bilik kita kelihatan lebih kemas. Tu sebab otomen nak tu.. Hehehehe

Dan akhir sekali, setelah penat berjalan, otomen bawakan pula korang ke lokasi untuk berhibur bersama keluarga atau teman-teman. Fire Zone Family KTV adalah pusat karaoke yang ada di Citta Mall.

Disuruh menyanyi… Ni memang peberet otomen la kan. Dah lama tak berkaroke ni. Sekali lepak-lepak ngan isteri dan kawan-kawan ni okay jugak lah kan kita berhibur untuk merehatkan minda.

Owh ye… Ada jugak rupanya promosi untuk Ramadhan kali ini di Fire Zone Family KTV ni. Yelah… lepas2 solat terawih tu, teras nak berhibur dengan kawan-kawan atau keluarga, tak salah pun kan.. Janji tak buat perkara menyalahi undang-undang.. Acececehhh… macam ustaz pulak otomen berkata-kata.

Ni promosinya:-

1.  Dari Isnin hingga Khamis, beli 2 jam anda dapat percuma 1 jam (1 jam percuma hanya digunakan untuk pembelian seterusnya selama tempuh 1 bulan).

2.   Pihak Fire Zone juga menyediakan makanan ringan secara percuma (kuih dan lain-lain lagi) semasa berbuka puasa setiap hari di bulan Ramadhan bagi yang ingin berhibur).

Untuk ke lokasi Citta Mall, boleh lah kunjungi seperti maklumat tertera di bawah:-
CITTA MALL
No. 1 Jalan PJU 1A/48
Pusat Perdangangan Dana 1
47301 Petaling Jaya
Tel: +603-76625000
Website:  http://www.citta.com.my
Facebook:  https://www.facebook.com/CITTAMALL
Instagram :  @cittamall

#OndeOnde #iyakimono #TimesBookStore #MajuHome #FireZone #CittaMall

Advertisements

One thought on “Shopping Raya dan Nikmati Hidangan Berbuka Puasa Di Citta Mall

  1. Illya LeYa says:

    Seronok ye otomen jalan-jalan.. Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,957 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: