Berbuka Puasa dan Sambutan Syawal @Maestro

Ramadhan sudah pun menjelma. Pastinya ramai yang masih tercari-cari pilihan tempat berbuka puasa. Atas aspirasi tersebut, Opera Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya turut memberikan pengalaman korang berbuka puasa sekaligus menyambut syawal dengan sajian Buffet Ramadhan citarasa semua pengunjung bersama artis-artis tempatan Malaysia.

Buka Puasa @Maestro, Symphony Hills Cyberjaya

Berbuka Puasa dan Sambutan Syawal @Maestro

Pada Selasa 23 Mei 2017, Otomen telah menghadiri satu Majlis Pelancaran bersama Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dalam Buka Puasa @Maestro di Opera Clubhouse Symphony Hills, Cyberjaya.

Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah mengumumkan bersama Hot Dish Concepts Sdn Bhd untuk menubuhkan satu lokasi di mana artis-artis tempatan semasa dan malar hijau silam Malaysia akan mempunyai sebuah rumah untuk mereka menunjukkan bakat mereka. Maestro, restoran bertemakan muzik di Symphony Hills, Cyberjaya telah berjaya menjadi tuan rumah untuk rakaman sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.

Buka Puasa @Maestro akan membawa korang bersama menikmati jamuan berbuka puasa diiringi persembahan secara langsung dari bintang terkenal dan yang semakin melonjak naik dari industri muzik Malaysia.

Presiden YA1M, Datuk DJ Dave telah berjaya mewujudkan satu platform untuk artis menyampaikan persembahan serta meningkatkan peminat di kalangan mereka. Seramai 27 artis dari masa lalu dan terkini yang akan melayan korang pada setiap hari sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya.

Antara artis-artis yang akan terlibat adalah Dato’ Nash, Salwah Abdul Rahman, Ibnor Riza, Salimah Mahmood, Zur Eda, Hazami, Maya Matahari, Ifa Raziah, Royce Sa’ayan, Azian Mazwan, IR Radzi, Farhan AF, Meer Nash, Maisarah Ukulele, Zarina AF, Razak A’ai, Zamil Idris, Azmir Arif, Syech Razie, Illyka, Ani Mayuni, Nadd Emilia, Aesar Mustafa, Manusia Putih, Azmarul, Sahimi dan Zaidi Anwari.

Dengan kerjasama ini, pihak YA1M bersama Maestro dan Hot Dish Concepts akan menjadi pelan jangka panjang untuk meningkatkan kehadiran dan keprihatinan artis tempatan kita. Ternyata visi YA1M untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan setiap artis Malaysia akan tercapai dengan rakan kongsi yang betul dan dana yang tersedia.

Sempena di bulan baik ini, pihak YA1M menjemput korang semua untuk berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadhan di Symphony Hills Cyberjaya bagi menyertai dan meyokong hasrat murni ini. Selain itu, akan diadakan juga pelbagai menu makan malam menyambut Hari Raya di bulan Syawal.

Trademark Otomen Taro di Buka Puasa @Maestro

Tidak ketinggalan juga untuk otomen memperkasakan trademark otomen bersama artis-artis jemputan yang akan membuat persembahan buat korang semua yang menjamu selera Buffet Ramadhan di Symphony Hills Cyberjaya nanti. Hehehe

Bersama Datuk DJ Dave, Presiden YA1M

Ini pula dengan Dato’ Royce Sa’ayan

Ini pula artis comel, Maisarah Ukulele

Jap3x… otomen lupa nama hang.. Owh… Ini ialah Razak A’ai

Sebarang maklumat, boleh kunjungi Facebook dan Instagram maestroclubhouse atau terus kunjungi ke alamat di bawah:-

Maestro Clubhouse 
Opera Clubhouse Symphony Hills
Persiaran Simfoni 9, Cyber 9,
Cyberjaya, 63000, Sepang, Selangor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s