Pelancaran Qurta by Aiman Tino dan Soul to Seoul Contest

Leave a comment

30/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca setia blog lifestyle otomen taro dan rakan-rakan blogger sekalian.

Rezeki!! Itulah yang otomen nak kata kan. Siapa sangka artis muda, Aiman Tino ini semakin melonjak naik setelah kejayaan beliau dalam produk kosmetik Sweet Aiman. Terkini, Aiman Tino mengorak lagi langkah dan menerokai pula dalam bidang fesyen yang lahirlah “Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity“.

Aiman Tino dan Model-modelnya menggayakan Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity

Aiman telah melancarkan Qurtanya di Busana@Menara Mara Kuala Lumpur pada 22 Mei 2017 yang berkonsepkan hipster yang mana ia menampilkan elemen keselesaan dan kasual bagi semua peringkat umur. Qurta by Sweet Aiman ini sebagai hadiah Aiman kepada peminat-peminatnya sempena menyambut Ramadhan dan Syawal yang akan tiba nanti.

MC yang pandai menguasai pentas untuk tidak rasa bosan

Aiman Tino dan Dato’ Ryzal Jamaludin

Qurta by Sweet Aiman terdiri daripada 10 warna yang dipilih Aiman sendiri yang juga bercirikan “unisex”, di mana ia boleh juga digayakan oleh wanita. Pemilihan rekaan dan corak Qurta ini adalah inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, pengasas kepada produk Wonder Glow.

Koleksi Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity

Antara koleksi Qurta Aiman yang digayakan wanita

Aiman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu rayanya yang pertama yang berjudul “Lara Dalam Kerinduan“. Lagu Raya Aiman juga telah dimuatnaik di saluran Youtube pada 12 May 2017 dan telah mendapat satu juta lebih penonton.

Jom beraya dengan Qurta Aiman

Kepada peminat Aiman atau korang yang nak kan koleksi pakaian Qurta ni, bolehlah kunjungi Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia dengan harga RM79.90. Antaranya adalah:-

  1. Mydin USJ, Subang Jaya
  2. Mydin UTC, Melaka
  3. Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  4. Mydin Kubang Kerian, Kelantan
  5. Mydin Pelangi Indah, Johor Bahru
  6. Mydin Meru Raya, Ipoh
  7. Mydin Sinar Kota, Kuala Lumpur

Dan semua kaunter Wonder Glow di seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadhan ini.

Aiman bersama dengan hadiah utama

Jeng…Jeng…Jeng… Ini yang saat otomen tunggu-tunggu. Aiman Tino juga ada melancarkan peraduan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman” sebagai tanda terima kasih kepad pihak Sweet Aiman. Orang ramai dan peminat Aiman bolehlah untuk cuba merebut hadiah-hadiah yang lumayan yang bernilai RM500,000. Hadiah utama yang bakal korang bawa pulang adalah sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea bersama Aiman beserta wang tunai RM10,000. Dah lah dapat bercuti percuma, dapat lagi duit poket.. Pergghhh…memang best gilerr…

Hadiah utama yang bakal dibawa pulang oleh pemenang Peraduan Soul to Seoul

Bergaya di hadapan hadiah utama

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi:-

Telefon : +6016 709 4042
Email : sweetaiman360@gmail.com 
Website : www.sweetaiman360.com
Facebook : www.facebook.com/AimanTinoClub
Instagram : www.instagram.com/sweetaiman360deg

Bila otomen asyik dengan kerjanya… Tak diperasan gambar telah dirakam… Hahahaha…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: