Majlis Menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR dan Program Raya Bersama SELANGORFM

Leave a comment

31/05/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Alkisahnya di malam Rabu 24 Mei 2017, Otomen dan beberapa rakan blogger dijemput hadir untuk Majlis Menandatangani MOU antara MYPORT & KOPSTAR dan Program Raya Bersama SELANGORFM di tempat letak kereta Park N Ride Bandar Tasik Selatan (bersebelahan dengan LRT Bandar Tasik Selatan).

MAJLIS MENANDATANGANI MOU ANTARA MYPORT & KOPSTAR DAN PROGRAM RAYA BERSAMA SELANGORFM

Pemeteraian perjanjian antara MYPORT dan KOPSTAR ini bertujuan memberi galakan kepada penggiat seni untuk menjana pendapatan tambahan sebagai langkah menghadapi ekonomi global dengan berniaga di MyPort KL Downtown, khususnya sempena bulan Ramadhan ini.

Yang pasti menarik dan tertarik buat penduduk-penduduk sekitar Bandar Tasik Selatan dan sesiapa sahaja yang singgah akan dapat merasai kemeriahan membeli belah dalam suasana Hari Raya di kampung dengan dendangan lagu dari artis-artis tempatan dan suasana kekampungan.

Kolaborasi antara MYPORT dan KOPSTAR sangat membantu penggiat seni untuk terus berniaga dan bukan hanya sekadar kepada bidang seni sahaja. Selain itu, pihak KOPSTAR juga sedang dalam usaha membina sebuah Hub Muzik Antarabangsa yang diberi nama “Taman Muzik Malaysia“.

Taman Muzik Malaysia akan menjadi pusat sehenti industri muzik yang akan menempatkan lapan aktiviti sebagai mekanisme menjana ekonomi yang bakal memberikan anjakan paradigma terhadap bidang muzik. Antaranya ialah Galeri Muzik Malaysia, Pentas Terbuka, Studio KOPSTAR, Bazar KOPSTAR dan banyak lagi.

Visi utama penubuhan adalah untuk memperlihatkan sejarah serta masa depan Industri Muzik Negara.

KOPSTAR juga merancang menjadikan Taman Muzik Malaysia ni sebagai lokasi pelancongan hiburan berinformatif negara yang pertama.

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA SELANGORFM

Suasana kampung di Hari Raya

Selesai pemeteraian perjanjian, majlis diserikan lagi dengan program raya yang dianjurkan oleh SELANGORFM. Program tersebut telah memberi ruang kepada artis-artis tempatan masa lalu dan baru untuk merakam lagu-lagu raya yang dinyanyikan dan akan disiarkan di saluran SELANGORFM tidak lama lagi.

Antara artis-artis yang terlibat malam itu adalah Dato Royce Sa’ayan,Neves Prety Ugly,Salimah Mahmood,Hasnol Gegar Vaganza,Syazwan,Al Farabi Band, Razak A’ai, Maisarah Ukulele, Fauzi Hamzi Dangdut dan ramai lagi. Mereka berkolaborasi seiring sejalan untuk menempatkan diri masing-masing di hati peminat.

Suasana Orang Ramai Yang Hadir ke Program Raya

Ini pula pasti korang tak kenal kan….inila dia salaseorang dari satu kumpulan Rusty Blade.MD.NOOR (Permain gitar)….. Yang pasti terbaikkk bro suaranya

2 kali sudah meet up Razak A’ai ni… Terbaikkk…

Kak Sali / penyanyi 80an SALIMAH MAHMOOD.

Ni otomen ingat… Sebab awk cun kan… Hahaha… Ni lah Maisarah Ukulele.. Boleh tahan la jugak suaranya

Gabungan mantap artis-artis tempatan masa lalu dan baru…

Habessss sudah program raya bersama SELANGORFM. Otomen nak mintak semua yang dah baca blog otomen ni, jangan lupa untuk meriahkan MyPort KL Downtown dalam bulan Ramadhan ni. Korang gi la jenjalan kat sana. Kot tersuka tanpa sengaja kan barangan yang ada di situ. Makan pun best taw…

Maklumat lanjut mengenai KOPSTAR, boleh layari www.KOPSTAR.com. atau Klik SELANGORFM untuk dengar lagu-lagu raya yang akan berkumandang nanti.

Korang juga boleh layari untuk tontonan rakaman lagu-lagu raya sempena Program Raya bersama SELANGORFM di saluran Youtube www.youtube.com/illya87 tidak lama lagi. Nantikan ye!!

 

Park N Ride Bandar Tasik Selatan

Jalan 19/141, Bandar Tasek Selatan, 

57100 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,875 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: