ANUARFAIZAL – Fesyen Maestro Moden di Aidilfitri

Leave a comment

01/06/2017 by ZoL aka Otomen Taro

ANUARFAIZAL, seorang ikon perniagaan yang sudah cukup dikenali diberi kepercayaan untuk mengetengahkan rekaan fesyen ciptaannya sendiri di ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show di Galeri Seni Universiti Malaya pada 24 Mei 2017 lalu.

ANUARFAIZAL merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UiTM Shah Alam dan dilahirkan di Amerika Syarikat. Beliau yang tidak punya asas pengajian dalam bidang fesyen, terpanggil untuk merubah haluan kerjayanya pada tahun 2014 dengan penglibatan diri sepenuhnya dalam mereka bentuk busana lelaki dan adi-busana wanita.

ANUARFAIZAL telah mewujudkan satu sentuhan moden kepada Baju Melayu konvensional di mana beliau memberanikan diri untuk menggubah dan mengolah ciri-ciri yang ada pad pakaian tradisional. Namun, ini telah menjadi kontroversi kepada orang ramai yang menganggap ANUARFAIZAL terlalu berfesyen sehingga langsung tidak sensitif terhadap konsep Baju Melayu tradisional.

Menyedari dari reaksi dan tindak balas orang ramai, jenama ANUARFAIZAL telah menjadi publisiti sebagai pereka “kontroversi”. Nama beliau semakin menjadi bualan di kalangan selebriti tempatan, lantas menjadikan dirinya sebagai Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bagi bakal raja sehari, dengan memberi fokus kepada rekaan mewah, glamour dan elegan.

ANUARFAIZAL juga telah mempamerkan koleksi hasil kerjanya yang terbaik di Pameran Seni dan Persembahan Fesyen di Galeri Seni Universiti Malaya dengan diberi sokongan dan dorongan oleh kurator galeri iaitu Puan Hazlin Anita. Ringkasnya, sebagai pereka yang pertama di Malaysia untuk mengadakan Pameran Seni & Fesyen selama sebulan di lokasi berprestij Universiti Malaya, ANUARFAIZAL sekali lagi menjenamakan dirinya berbeza daripada pereka fesyen yang lain dan bersedia untuk menakluk industri fesyen di Malaysia.

Koleksi #AFBYANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk pasaran pada Mei 2017.

Koleksi eksklusif ini terdiri daripada Kurta dan seluar slim fit yang boleh juga dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampin instant; ciptaan asli oleh ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubah pendek, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan dilabel sebagai “AIR-FLEX”. Ia adalah AIRY yang sememangnya sesuai untuk cuaca panas dan lembap seperti Malaysia. Manakala FLEKSIBEL, satu saiz yang boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan dan mempunyai kedutan yang MINIMAL; sesuai untuk lelaki yang moden yang sentiasa sibuk di mana sahaja.

Kemas dan minimum adalah elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh AF untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya buat lelaki moden.

Kesemua koleksi fesyen ANUARFAIZAL boleh didapati di laman media sosial seperti di bawah;

Facebook: www.facebook.com/anuarfaizalofficial

Instagram: www.instagram.com/anuarfaizalofficial

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: