Rasai Kelainan Berbuka Puasa di Restoran Nelayan Gombak

Leave a comment

01/06/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Ramadhan sudah tiba lagi. Saat yang dinantikan semua orang ialah berbuka puasa bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Inilah bulan yang mulia yang menyatukan hubungan kekeluargaan sesama kita. Dan tidak kurang hebat juga, pihak restoran-restoran mahupun hotel-hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan sempena Bulan Ramadhan. Jadi, kali ini, otomen terpanggil untuk membawa korang semua ke satu lokasi untuk menjamu selera di Restoran Nelayan Gombak.Pasti ramai yang tertanya di antara Restoran Nelayan Titiwangsa dan juga Restoran Nelayan Gombak, adakah sama atau berlainan. Otomen sendiri sesat sebelum sampai ke sini. Yang sebenarnya, Restoran Nelayan Titiwangsa adalah sebuah Restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sekitar tahun 80an lagi. Namun begitu, pemilik restoran itu telah berpindah dan bertukar operasi ke Jalan Gombak Utara pada tahun 2012 atas sebab-sebab yang tertentu dan menggunakan nama Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak.

Restoran ini telah diambil alih oleh syarikat Q’Sha Trading (M) Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 di mana pada ketika itu ia hanya mengusahakan perniagaan catering dan cafeteria. Restoran Nelayan Gombak telah dilaksanakan beberapa perubahan dari segi produk dan fasilities untuk keselesaan para pengunjung.

Kepelbagaian sajian yang dihidangkan di restoran ini membuatkan otomen betul-betul tidak sabar untuk merasainya. Diberitahu juga oleh pihak restoran ini yang mana ia mempunyai fasiliti sebuah Dewan yang cukup besar untuk menganjurkan apa sahaja majlis seperti Majlis Perkahwinan, Graduasi, Event atau apa function di mana kapasiti bilangan sebanyak 600 seater dan menampung sehingga 1000 – 1500 orang dalam Majlis Perkahwinan pada satu masa. Ruang Dewan juga boleh dilaksanakan Solat Terawih secara beramai-ramai yang boleh menampung sehingga 200 orang. Fasiliti surau untuk yang ingin solat bersendirian juga ada disediakan. Keselesaan dan keluasan tandas serta ruang lobby yang cukup selesa memberikan daya tarikan kepad pengunjung yang hadir.

Kita kembali semula kepada promosi Buffet Ramadhan yang ada di Restoran Nelayan Gombak. Dengan harga RM49.90, korang akan disaji dengan lebih 100 jenis menu makanan. Antara menu yang disajikan ialah Steamboat dan Grill (kambing, ayam, daging, udang, sotong, ketam), Ala-Carte dan Ikan Bakar serta sajian baru ShellOut juga disediakan di sini.

Tidak lupa juga kepada menu asasi kita sebagai rakyat Malaysia yang lebih gemar berbuka dengan menu masakan kampung. Terdapat lebih dari 15 jenis menu masakan kampung disajikan kepada korang. Selain itu, ada juga disediakan pelbagai jenis pilihan kerabu dan ulaman tradisional bagi melengkapkan lagi selera kampung. Ini bertepatan dengan slogan “MENU WARISAN SAJIAN KITA“.

Tahun 2017 ini buat pertama kalinya ada disediakan menu khas Live Cook iaitu Daging Gulai Kawah dan Daging Salai Masak Lemak yang menggunakan Rempah Tanjung asli dan berkualiti. Sajian menu khas yang lain iaitu Roti Jala Magic yang dibuat menggunakan Tepung Ajaib atau Magic Floor keluaran syarikat Mega Zesh Sdn Bhd.

Terdapat juga menu sampingan yang disajikan dengan berkonsepkan Stall seperti Noodle Selection (menyediakan Nyonya Kari Laksa dan pilihan Mee, Meehoon / Kuey Teow Sup), Sup Selection (Sup Kaki Ayam dan Sup Sayur) dan Snack Selection yang menyediakan kurma sebagai menu wajib bulan Ramadhan, kuih-muih, kek, keropok, rojak buah, bubur dan buah-buahan.

Pihak Restoran juga ada menyediakan ruang air di mana terdapat pelbagai jenis air kordial, cendol serta Teh Tarik Istimewa buat menghilangkan dahaga. Restoran Nelayan Gombak juga memperkenalkan produk terbaru mereka sebagai add-on iaitu Air Mojitos Sparkling dan Love Passion Sour Sup(dibayar berasingan).

Sebagai mengakhiri setiap hidangan yang dinikmati, pasti tidak dilupakan kepada pencuci mulut. Korang akan disajikan dengan ais krim yang berkualiti dan pelbagai perisa sebagai menu pilihan terakhir sebelum pulang.

Jadi… Jangan lepaskan peluang korang untuk merasai kelazatan dan kenikmatan berbuka puasa di RESTORAN NELAYAN GOMBAK.

RESTORAN NELAYAN GOMBAK

BATU 8 ¾, JALAN GOMBAK (DEKAT UIA GOMBAK)

HARGA: RM49.90 DEWASA

50% DISKAUN UNTUK KANAK-KANAK 5-11 TAHUN DAN WARGA EMAS 61 TAHUN KEATAS

KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN: MAKAN PERCUMA

TEL: 
03-61858400
013-2237228
013-2967228

FACEBOOK RASMI: 

www.facebook.com/restorannelayangombak

INSTAGRAM RASMI: www.instagram.com/restorannelayangombak

EMAIL: nelayangombak@gmail.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Lifestyle Blogger | Online Preneur | Review Product | Travel

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,364 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: