Nikmati Asam Pedas di Next Food Junction, Klang Parade

Berjalan-jalan di Klang Parade musim puasa ni memang memenatkan. Apakan daya. Kehendak Puan Isteri, LeYa yang disayangi perlu juga diutamakan. Jalan-jalan dan shopping dah menjadi lumrah kaum perempuan ni.. Betul kan? Hehehehe

So… penat berjalan sampai terlupa jam dah nak masuk waktu berbuka. Terus la otomen dan Leya naik ke tingkat 5 untuk menikmati juadah berbuka puasa di Next Food Junction.

Lokasi yang cukup luas dan selesa untuk korang yang inginkan menjamu selera dengan kaum keluarga yang ramai. Ruang tempat duduk yang banyak serta kerusi bayi untuk kemudahan ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga turut disediakan di sini.Tidak cukup itu, deretan kedai-kedai makan dari pelbagai menu pilihan boleh korang dapati di sini. Memang rambang mata lah otomen nak memilihnya..

Menu pilihan otomen berbuka hari itu adalah lain dan tidak bukan iaitu Asam Pedas Ikan Tenggiri Claypot. Seperti kebiasaan otomen sebagai anak jati orang Melaka, Asam Pedas memang tak dapat dipisahkan. Huhuhuhu

Menu Ikan Kembung Bakar menjadi pilihan Leya untuk berbuka hari itu. Dan, menu sampingan pula, kami memilih untuk menikmati Lala+Sotong+Udang Bakar. Perggghhh….Memang terangkat kaw.. Sedap tak terkata… #JanganKecam ye jika korang terliur.

Bukan kami berdua je ketika tu. Ade ramai lagi rakan-rakan blogger yang turut hadir berbuka puasa di Next Food Junction bagi menikmati pelbagai menu hidangan di situ.

Korang boleh buat pilihan menu di bawah mengikut citarasa sendiri korang.

Wahhhhh….. Banyak menu pilihan yang korang boleh pilih bila singgah di Next Food Junction. Pasti buat korang suka hati melihat banyak menu pilihan yang boleh dimakan sebagai hidangan berbuka puasa. Dah pulak tu… Otomen nak cakap ni… Harga pun berbaloi-baloi. Memang rugi siapa tak pergi sini. Sedap! Murah! Selesa! Sungguh mengujakan otomen untuk nikmati Asam Pedas dengan lahapnye… Hahahaha

Dah kenyang tu… Jangan lupa solat Maghrib ye.. Korang boleh pergi ke Surau di Tingkat 1. Pastu korang boleh lah sambung jalan-jalan dan shopping di Next Ladies Klang Parade pula…

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Next Food Junction
Level 5
Klang Parade
Facebook : NEXTFoodJunction
Instagram : nextfoodjunction
Warna-Warni Aidilfitri di Klang Parade

Tak cukup itu. Korang juga akan dimeriahkan lagi dengan Warna Warni Aidilfitri dengan kehadiran artis-artis tempatan pada 11 Jun 2017 iaitu Adibah Noor, Misha Omar dan Baki Zainal.

Bukan itu sahaja! Pada 18 Jun 2017, sekali lagi korang akan dimeriahkan dengan artis jemputan seperti Ayda Jebat, De Farm, Dina Nadzir dan Baki Zainal.

Lebih meriah lagi, Warna-Warni Aidilfitri di Klang Parade juga menawarkan secara PERCUMA sampul Raya edisi Klang Parade yang anda boleh dapati dengan menebus setiap pembelian bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit atau sebuah bekas ekslusif dengan setiap pembelian bernilai RM100 dan ke atas. Yang pasti, anda boleh dapatkan kedua-duanya sekali dengan resit bernilai RM200 bermula pada 2 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017. JOM SERBU KLANG PARADE !!!

One thought on “Nikmati Asam Pedas di Next Food Junction, Klang Parade

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.