Enjoy Ramadhan Buffet Bersama Anak-Anak Yatim Al-Firdausi di Seri Pacific Hotel

Leave a comment

09/06/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah. Dapat juga Otomen bersua muka dengan pembaca-pembaca setia blog lifestyle otomen taro. Seperti yang kita tahu, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Dan ramai lah di kalangan kita melakukan kerja amal demi untuk mendapatkan kebaikan dan pahala di bulan baik ini. Syukur!!! Kerana ramai lagi yang prihatin akan nasib orang-orang yang memerlukan bantuan dari kita.

Pada 30 Mei 2017, Otomen berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Al-Firdausi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur (SPHKL). Program CSR ini telah dianjurkan oleh pihak SPHKL sendiri dan dikatakan setiap tahun mereka akan melakukan aktiviti seperti ini.

Otomen berbesar hati dan mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjemput otomen untuk berbuka puasa bersama-sama.

Sebelum bergerak lebih jauh, sudilah kiranya otomen menghayati suasana berbuka puasa yang bertemakan suasana perkampungan yang diberi nama sebagai Halaman Haji Saad. Suasana kampung mengingatkan otomen di kampung halaman. Suasana nyaman dan tenang memberikan sesiapa sahaja tenang ketika berada di situ.

Deretan gerai yang menyajikan setiap hidangan Buffet Ramadhan pada kali ini sungguh teratur dan disusun mengikut kategori jenis makanan. Memang mudah untuk korang semua memilih makanan apa yang diingini.

Tetamu yang hadir dijemput untuk mengambil juadah berbuka puasa yang banyak dan beraneka jenis itu. Rambang mata juga otomen untuk memilih. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Yang tu nak! Yang ini nak! Waaahhhh… Ini boleh mendatangkan kegemukan melampau pada diri otomen. Takpelah sebab otomen pun kecik sangat. Tapi janganlah melampau sangat… Tak hensem nanti… Hahahaha….

Dusun Buah Pak Man adalah kaunter buah-buahan tempatan yang dihidangkan di situ. Pelbagai jenis buah-buahan yang manis korang boleh dapati di sini.  Kaunter atau stesyen air yang lebih menjadi tumpuan di musim Ramadhan ini. Yelah kan! Satu hari berpuasa. Mahu tak haus. Memang air sejuk ni dulu lah dituju semua orang termasuk lah otomen..Ekekeke

Dari penghayatan otomen sebentar tadi, inilah hasil tangkapan otomen untuk malam ini. Oppsss!!! Banyaknyee… Boleh habis ke otomen ni? Hehehehe… Otomen gagah perkasa. Pasti boleh selesaikannya sekelip mata.

Anak-anak yatim dihidangi pelbagai hidangan menarik dan lazat. Seronok tengok mereka makan dengan riangnya sambil beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian band dari Indonesia yang otomen rasa sangat mantap. Boleh bawakan apa sahaja lagu yang dipinta tetamu. Mereka ini akan bergerak dari satu ke meja yang lain untuk menghiburkan tetamu di situ. Memang menarik kan!

Tidak cukup itu. Anak-anak yatim ini diserikan lagi dengan badut pereka belon yang menarik untuk mereka bermain dengan gembiranya. Wah!! Hebat betul abam badut ni buat design yang pelbagai bentuk dan rupa. Cantik-cantik betul. Otomen pula rasa nak ambil satu. Ekekeke….

Saat yang dinantikan tiba jua. Majlis penyerahan goodies dan duit raya kepada anak-anak yatim Al-Firdausi yang telah diserahkan sendiri oleh General Manager SPHKL, En Mohamad Halim Merican. Selain itu, pihak pertubuhan kebajikan Al-Firdausi juga menerima sumbangan berupa makanan untuk anak-anak yatim cukup segala makan dan pakai mereka.

Saat ini, apabila otomen melihat setiap dari wajah anak-anak ini, sayu otomen rasakan. Bagaimana mereka sekecil ini mampu mengorak langkah di dunia nyata ini tanpa Ayah dan Ibu yang mendidik dan membesarkan. Otomen terus teringatkan emak di kampung. Teras berdosa selama ini selalu melawan kata emak. Walhal tanpa emak, tidak mungkin otomen boleh sampai ke tahap ini. Syukur sangat kerana otomen dikurniakan Emak dan Arwah Abah yang masih boleh mendidik dan membesarkan otomen bagai menatang minyak yang penuh.

Keseluruhannya, otomen berpuas hati dengan pelbagai hidangan yang sedap dan menarik di sini. Bagi yang ingin berkunjung untuk berbuka puasa bersama keluarga di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, boleh layari atau hubungi seperti maklumat di bawah:-

HARGA BUFFET RAMADHAN

Pacific Ballroom (27 Mei – 22 Jun 2017)
RM98.00 bersih seorang dewasa
RM49.00 bersih seorang kanak-kanak

Zende Restaurant (29 Mei – 24 Jun 2017)
RM138.00 bersih seorang dewasa
RM69.00 bersih seorang kanak-kanak

Pakej Rumah Terbuka Aidilfitri
dari RM95.00 bersih seorang

Tempahan Awal Buffet Ramadhan
RM78.00 bersih seorang

LOKASI HOTEL

Bersebelahan dengan PWTC dan berhadapan dengan Sunway Putra Mall.

MAKLUMAT LANJUT

Alamat: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur

Website: www.seripacifichotel.com

Facebook: www.facebook.com/seripacifichotel

Tempahan: (Tel) 03-40426555 / (Email) sales@seripacific.com / fbresv@seripacific.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Lifestyle Blogger | Online Preneur | Review Product | Travel

Klik Sini!

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 7,364 hits

Visitors

Flag Counter

eQuban

Qurban & Aqiqah di Kemboja

300 x 250
%d bloggers like this: