Sajian Sedap dan Murah di Red Carpet Avenue, Felda D’Saji Di The Strand Damansara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Alhamdulillah.. masuk hari ini kita sudah pun berpuasa selama 18 hari. Masa berlalu begitu pantas sekali otomen rasakan. So… Macam mana dengan puasa korang? Masih penuh atau dah yang yok..? Hehehe… Okay… Dah Hari ke-18 ni, otomen rasa korang masih sempat je lagi nak pergi berbuka puasa di tempat yang mewah dan eksklusif bersama keluarga atau rakan-rakan.

Satu lagi lokasi berbuka puasa yang menarik buat korang semua. Ini kerana tempat ini menggunakan konsep dan ruang yang terbuka kepada pengunjung untuk berbuka puasa di sini. Tidak seperti kebanyakan lokasi berbuka yang otomen pergi. Kesemuanya berada di dalam bangunan.Tempat yang otomen maksudkan adalah Red Carpet Avenue Felda D’Saji yang terletak di The Strand, Damansara. Tempat ini kelihatan tempat baru dan tidak ramai lagi yang mengetahuinya. Kemudahan yang disediakan di The Strand sangat luas, selesa dan lengkap seperti tandas lelaki dan perempuan, ruang solat yang cukup selesa dan ruang legar yang luas.

Berkonsepkan gerai-gerai seperti berada di kampung yang menghidangkan pelbagai hidangan untuk korang membuat pilihan menu berbuka puasa korang. Menu hidangan yang disediakan memang sungguh menyelerakan Otomen dan tidak sabar rasanya menunggu waktu berbuka. Antara menu yang ada di situ adalah Kambing Bakar, Lauk-Pauk Tradisi Kampung seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Ulam-ulaman segar dari ladang, Telur Itik Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Ha!!! Tengok ni… Mesti korang teruja kan nak rasa hidangan makanan di sini. dari gambar sahaja pun dah nampak sedap. Apatah lagi yang dah mencubanya. Menu yang otomen paling suka ketika itu ialah Gulai Siput. Perrgghhh….Memang dah lama juga tak menyedut siput. Hari itu telah membuatkan otomen makan penuh selera sekali dengan adanya Gulai Siput Masak Lemak Cili Api.

Credit Picture: Kak Halimah a.k.a. Seri Wangi

Aneka kuih-muih, buah-buahan, gerai ABC dan Ais Krim Malaysia juga ada disediakan bagi menambah selera korang untuk terus nikmati hidangan di sini. Harga bagi setiap bufet pun sangat berpatutan dengan hanya RM39.90.

So… korang tunggu apa lagi. Alang-alang ada di kawasan Damansara dan yang berdekatan tu, boleh la singgah nikmati Bufet Ramadhan di sini. Bufet ini dibuka setiap hari dari jam 6.00petang sehingga 10.00malam. Korang boleh makan sampai puas.

Tempahan dan pertanyaan, sila hubungi :-

Advertisements

One thought on “Sajian Sedap dan Murah di Red Carpet Avenue, Felda D’Saji Di The Strand Damansara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s