Catatan Perkongsian Ilmu di SBB 2017

1

14/06/2017 by ZoL aka Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia blog lifestyle Otomen Taro dan rakan-rakan blogger sekalian. Syukur kehadrat Ilahi, Allah masih panjangkan usia Otomen untuk terus berkarya memberi manfaat kepada korang semua.

Sepanjang otomen berkecimpung dalam dunia blog ni, banyak benda yang otomen baru belajar. Salah satunya, meningkatkan mutu penulisan agar korang-korang semua terhibur dengan bacaan otomen.

Okay guys!! Straight to the point. Tahun 2017 memberi impak yang maksimum kepada diri otomen di mana otomen mencari sesuap nasi dengan menggunakan platform blog. Dek kerana keaktifan otomen itu, otomen telah berjaya membuang segala biawak2 yang ada pada diri otomen dengan menyertai satu program “Sepetang Bersama Blogger 2017” anjuran Denaihati Network di Dewan Tunku Abdul Rahman, MatiC Kuala Lumpur pada 13 Mei yang lalu. SBB 2017 ini menyaksikan sendiri pengalaman otomen yang pertama menjejakkan kaki menimba ilmu pengetahuan.

Event ini sebenarnya adalah penglibatan semua bloggers dalam Malaysia untuk mengukuhkan networking dan mendapatkan perkongsian ilmu dari speakers jemputan tentang ilmu marketing, bisnes, dan banyak lagi. Hampir 1 hari juga event ini berlangsung iaitu dari jam 2petang sehingga jam 10malam.

Yang paling otomen terkesan dekat hati adalah perkongsian dari Datuk Ibu Hanim. Beliau sedaya upaya menguasai dewan auditorium tersebut agar kami sepenuhnya menumpukan perhatian. Ilmu bisnes dari beliau memang sangat best. Bagaimana revolusi perniagaan dari zaman nenek moyang ke era pemodenan yang terkini untuk meningkatkan perniagaan masing-masing.

Selain itu, Norman Danish, Pengasas MisiViral juga memberikan sedikit perkongsian ilmu tentang personal branding yang patut dilakukan oleh seseorang yang bergelar usahawan.

Boleh dikatakan ia sangat berbaloi lah dengan harga yang dibayar kerana dapat ilmu yang sangat berharga itu serta dapat bersama mengembangkan empayar Otomen Taro kepada rakan-rakan yang hadir.

Tidak banyak yang ingin otomen katakan. Cukup ia sangat berbaloi dalam menuntut ilmu dari pakar-pakar motivasi yang dijemput hadir. Event SBB2017 ini memberikan otomen lebih ramai kenalan di dunia blogging.

Bagi korang yang dah lama pasti mengenali Tuan Haji Amir Hassan. Beliau merupakan pengasas kepada Denaihati Network dan beliau mempunyai pandangan yang luas mengenai dunia blogging malahan menggalakkan para blogger untuk menulis bagi memberi manfaat kepada masyarakat.

GALA DINNER & AWARD NIGHT SBB 2017

Setelah selesai menuntut ilmu di Dewan Auditorium petang tadi, kami para blogger diraikan pula dalam satu Majlis yang penuh gilang gemilang di GALA DINNER & AWARD NIGHT 2017 yang bertempat di Saloma Bistro & Theatre, MatiC Kuala Lumpur.

Sekitar di Majlis Gala Dinner & Award Night

Turut diundang, Haji Adi Putra, selebriti yang cukup terkenal di kalangan korang kan..

Inshaa Allah… Suatu masa nanti, otomen juga akan turut meraih pingat seperti mereka ini

Pememnang Raja Sehari Malam itu, Rawlins Glam

Sekali 2 Red Mummy rangkul hadiah malam itu ye… Tahniah diucapkan!

Bilamana otomen dan leya dapat bergambar bersama speaker hebat, MahaMahu

Ini pula kisah Bro Framestone… Sifu Blogger otomen..

Dan seperti biasa…. wajib bergambar dengan artis-artis yang hadir

Sebelum mengakhiri kata, otomen berharap agar di tahun akan datang, program SBB ini sentiasa ada sebagai platform terbaik kepada blogger untuk mengembangkan blog mereka dan juga mengeratkan ukhuwah silaturrahim. Selain daripada itu, otomen mohon maaf sekiranya cataan perkongsian ini ada kesilapan, terkurang lagi ilmu. Sebab otomen pun masih baru dalam dunia penulisan.

Syabas dan Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Team Denaihati Network atas pelaksanaan program yang bermanfaat ini. Tak sabar nak tunggu tahun depan punya!

Advertisements

One thought on “Catatan Perkongsian Ilmu di SBB 2017

  1. Alhamdulillah… Tahniah Otomen!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Its Me! Otomen Taro

Travel and Lifestyle Blogger | Food Blogger | OnlinePreneur | Review Product

Jom Shopping Di Sini

Archives

Group LeYa Blog

Blogger Area

Blog Stats

  • 8,696 hits

Visitors

Flag Counter
300 x 250
%d bloggers like this: